SERBU FREE SCREENING AT IOI CITY MALL PUTRAJAYA

Berita baik utk orang2 Putrajaya dan sekitarnya..GSC telah dibuka kat IOI City Mall, Putrajaya..
GSC berbesar hati nak bagi korang merasa pengalaman menonton bersama mereka secara PERCUMA pada 7-11 Februari 2015..jom ramai kita gi..jln lepaskan peluang ni.

Lepas tgk free, jgn lupa review sini ya! SB pun tak nak lepaskan peluang ni...jom jom
Kat bawah ni adalah jadual tayangan yg korang boleh redeem..

Jgn lupa bawak keratan kupon tu nk redeem di Kaunter GSC ya!



GSC kat IOI CITY MALL PUTRAJAYA ni terletak di aras 2 tau..



FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

Alhamdulillah..dgn peluang yg diberi oleh Kelab Blogger Ben Ashaari, dapatla kami anak beranak peluang masuk menikmati keindahan alam dan bermesra dgn haiwan2 jinak dalam Farm In The City ni..sebenarnya peluang ni diberi kpd blogger utk review tempat2 best mcm ni..sbb tu dpt masuk free! Konsep zoo ni adalah petting zoo.

Tak sabar nk citer aihh..meh baca sampai habis pengalaman kami satu family belajar mengenai alam haiwan kt sini..mmg teruja habis , dan amaran ye..jangan letih membaca & melihat..sbb post ni akan ada banyak gambar...hihi

Daha lama dh tahu psl tempat ni sbenarnya..tapi asyik delay je nak pergi..tapi bila abg Ben bagi peluang ni..kebetulan pula mmg cuti umum Hari Wilayah..zuss laju je ajak Mr LP ke sini...Nak cari tempat ni tak susah pun, SB pun pergi tanpa tgk map, just tahu Farm In The City ni blkg Giant Seri Kembangan, Landmark dia Giant SK, betul2 blkg bangunan Atmosphere..jadi gamble je kitaorg redah. Tiba traffic light Giant Seri Kembangan, belok kanan..terus je sampai jumpa roundabout masuk pukul 3, terus lagi dlm 200m , terang benderang nampak sign Farm In The City ..datang awal dptla parking dalam, kalau x parking la kt luar, menapak ler sikit ya..tp x jauh sgt pom..jap nk tepek map dia ehsan dari google.

Ok, sedia semua..meh kita layan gambar2 di sepanjang pengalaman kami kat sana.
Ni tempat mula2 masuk sana, ladang kura2..ada dari mcm2 kura kt situ, yg besor yg kecik..yg monster..hehe, korang boleh bg mkn kat giant turtle kat sini, jgn risau x agresif pun..duk diam je tunggu kita bg makan..hehe

Menurut staff kt situ, ini kura2 terbesar di dunia. Brown colour dan 30 thun, ada sekor lg black colour dn berumur 31 tahun.
Ni pulak ayam api-api, adeh 30 tahun hidup inilah 1st time SB tgk live ni..haha


Burung Merak, musim ni sdg bersalin bulu, jd merak ni takkan mengembangkan ekornya.
Burung Tiong Mas
Burung Kakak Tua
Burung Nuri


Bagi SB 1 family, part dlm sangkar burung ni paling best..Byk tahu psl nama2 burung, dan burung kt dlm ni semuanya jinak..asal ada makanan kt tangan..mesti dia dtg..staff kt situ pun agaknya mmg dilatih utk entertained pengunjung dgn baik.Mmg byk info dpt dari diaorg.
Ini budak Hadeef sikit pun x takut ngan haiwan2 ni, mmg sifat anak2 ingin tahu kan, malah dia excited sgt dpt bagi burung2 ni makan..siap ckp haa makan makan..hihi..

Next, kitaorg melangkah ke rabbit farm, disekeliling rabbit farm ni ada longkang kecik, dlm tu ada ikan2 kecik, disediakan pukat kecil dan besen kecik utk anak2 kita enjoy tangkap ikan & lepaskan semula ke dlm longkang tu. SB tak kasi Hadeef tangkap ikan, sbb dh tahu dia addict ngan air, silap2 dia yg masuk longkang tu, dahler x bawak baju spare..Masuk rabbit farm tu bagi Hadeef explore dunia rabbit, mmg berani sungguh budak ni, bg makan, kejar2 renab tu..

                                                Siap bertentang mata..haa ko ado? haha
Staff bhgian ni ckp ni kategori arnab paling cantik le kat sini, ada mcm2 jenis arnab ada kt situ, Dia ni tak suka bercampur ngan arnab lain, suka menyendiri..padanla pun...cantik.. :-)
Penat kejar anak2, bolehla singgah berehat di mini restoren sebelah ladang arnab ni, ada jual jagung manis, hotdog dan air kut..SB x singgah duduk sbb mcm x lapar sgt lg..plus letih kejar Hadeef yg sgt2 excited dtg sini.Suasana pun nyaman je..x rasa panas sbb redup tempat je tmpt ni.

 Next, kita gi bagi ikan2 ni makan, Hadeef siap nk melompat panjat pagar nk terjun ke ikan ni..fuh bahaya..nasib sempat pegang dia..yes utk anak2 yg super aktif mcm Hadeef ni, kene 300% jaga dia, x boleh lepa lgsung..dia mmgla excited tp tatau bahaya kt depan. Btw, ikan2 kt sini mmg serbu weh kalau kita lemparkn makanan dia...fuh berjuta2 lemon ikan..hahha
Time kitaorg sampai area Landak Raya ni tgh tido, 1st time gak SB tgk depan mata landak gergasi nih..ada 2 ekor sdg tidor kekenyangan kut, seriau tgk besor sgt..kihkih..

Banyak haiwan2 jinak kt sini dimana tempat ni sgt sesuai sbgai tempat utk anak2 belajar mengenali haiwan. Kalau dtg tepat waktunya ada pertunjukan burung kakaktua dan menunggang kuda padi. Masa SB lat sini kuda2 ni sdg berehat so x dptla nk naik kuda ni..Antara haiwan yg ada adalah seperti rusa, kambing, kanggaro, memerang, musang, iguana, haiwan exotic dll. 

Tadi ada mini restoren, pengunjung jugak blh membasahkan tekak di food court yg terletak di akhir pintu keluar Farm In The City ni, ada ruang makan yg open dan berhawa dingin, terdapat jgk warung2 kecik antaranya jual ABC, nyam nampak sedap je, tapi SB x beli pun sbb dh ambil set makanan ringan kat food court ni.
Nmpk gigih x kat situ, dtg bertiga amik set 4..haha
Selesai mengisi perut, kami pn beransur pulang, mmg best pengalaman kami kat sini, siap dh simpan niat mmg akan dtg lagi kesini nnt..Insha Allah

Bagi kanak2 pula, mereka akan diberikan 1 sijil penghargaan pernah berkunjung ke sini. 

Fuh byk lagi gambar2 SB ambil kat sini, rasa dh byk kut upload..kalau nk lebih tahu better korang pergi alami sendiri kan best!

Kalau nak pergi, ni SB tepek alamat Farm In The City

Jalan Prima Tropika Barat 2, Taman Prima Tropika, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Phone:03-8941 2099

Harga Tiket adalah seperti tertera :

Pengunjung jg boleh mengambil pakej keluarga ni

Mmg tempat yg menarik utk dikunjungi seisi keluarga sambil belajar mengenali haiwan, di kawasan pintu masuk, ada kedai cenderamata , korang blhla beli cenderamata utk dibawa pulang tanda kenangan sampai disini.

Sedikit info buat pengunjung :
  1. Ada jurugambar yg akan mengambil gambar anda dan beliau akan beri anda kupon utk ambil gambar di kaunter gambar di pintu keluar. Anda boleh beli gambar tersebut jika anda suka.
  2. Jangan risau utk memberi makan haiwan disini, di setiap kawasan memberi makan, ada disediakan tempat mencuci tangan.
  3. Lagi elok pakai kasut ke sini, sbb anda akan melalui jalan berbatu, dan mungkin sedikit basah kalau slps hujan akan lecak sedikit, juga pakai kasut kpd anak2 sbb mereka akan dekat ngan haiwan kan, bimbang najis haiwan melekat di kaki. 
  4. Setakat pengalaman SB sekeluarga, kakitangan disana sgt membantu & sedia menjawab segala prtanyaan pengunjung.

Selamat Berkunjung ke sini uolss!! Kami balik dgn gembira & puas hati, rasa berbaloi dtg sini.