TONTON FILEM MELAYU : POLIS EVO

Dah berkurun lamanya tak jejak panggung wayang...kali ni hati membuak2 nk tgk jugak POLIS EVO gara2 rindu kampung halaman..yelah sbb penggambaran filem ni kan 80% dibuat di Terengganu, lagilahn semangat SB nk tgk..

Kebetulan lak tahun ni raya haji weolss tak balik raya haji, beraye di sini ajo...jadi persiapan khusus takde pun, tarikh 23 Sept 2015 SB bkerja mcm biasa, tapi biasalah bila ptg mood dah kelaut, plus plan nk beli brg2 dapur sikit memandangkan hari raya haji ramai bercuti, so kedai2 konpemla tutup kan, kene la wat stok utk masak dirumah, SB amik timeoff ptg tu, dah alang2 bjln cari bahan masak, terdetik nk nengok wayang..cadangan disokong LP lak..apa lagi laju2 gi GSC Alamanda, bawak skali budak terkedek2 Hadeef tuh


Kebetulan lagi hari Rabu tiket murah..belikan skali utk dak Hadeef
Excited plak 2 boys ni nk tgk tembak2

Sebelum wayang bergelap, sempat snap reaksi pertama kali Hadeef masuk panggung!! teruja bulat mata dia tgk TV BESOR katanya...terkejut kut sound kuat2..buntang mata tgk screen..haha..satu pkataan pn x cakap..terkesima tgk screen besor ke takut bunyi sound kuat nih??


Nak tahu apa jadi for the next 5 minute???
5 minit elok lps iklan bagai..

Hadeef pun zzzzzzzzzZZZZZZzzzzzzz.sweet dreams sampai 30 minit terakhir baru bangun, adegan tembak2 mengebom bagai sikit pun x terjaga..huhu..Nasib tiket murah nak oii..kalau x rugi jer..hehe

kesimpulannya SB bagi 4.5/ 5 star utk filem nih...Alhamdulillah ada gak pengubat ketandusan filem melayu yg berbaloi utk ditonton...Kipidap Ghaz Abu Bakar pengarah POLIS EVO..dongibab buat cerita2 bagus camni..walaupun masih byk juga lagi perlu diperbaiki...but sgt2 ok buat Malaysia yg dahagakan filem berkualiti utk tontonan seisi keluarga.

Utk makluman klasifikasi filem POLIS EVO ni 13PG ya, means boleh bawa anak dgn ditemani penjaga ya! skang ni kids 3 tahun keatas dah kene byr tiket juga!

bayangkan ptg raya tu penuh panggung sampai kedepan skali koo...rupanya ramkai juga yg x balik beraya atau mmg dah bermastatuin kat sini..haha..sangup je kut sbb tiket murah hari rabu plus mmg takde program lain ptg raya kan...ramai juga parents yg bawak kids skali..riuh!

InshaAllah , SB pun suggest sape nk g tgk..pergilah..InshaAllah berbaloi..cuma jgnla expectation tinggi sangat mcm nk nengok filem aksi hollywood hokeh..blum mampu sampai ke tahap tu...cuma aksi setaraf filem Thailand Bangkok dah mmg selari dah..dah boleh challenge dah..mmg best!!


adiousssssaaaaa..Selamat Menonton!

Dah jumpa dah !!

haha..tajuk x boleh blah..jumpa apa jemah weh..

ni ha..berbulan2 SB duk peram guna jugak purse lama warna maroon yg mmg zipnya dh out tuh..akhirnya dh tiba masa berganti baru...Aritu sambil2 gi cari bateri hp ku kat IOI City Mall, masuk kedai FB Timber ni , ni clutch ke3 yg disentuh..zasss terus jatuh hati..cinta tu turun ke jiwa..haha..Mr LP pun setuju..LP pun cadangkan amik yg ni..sweet & color rare katanya..tiru cadangan seller la tuww...first time me setuju dgn cadangan LP psl purse clutch ni..selama ni i beli ikut suka mak bapak gua punya hati hokeh..cadangan dia selalu ditolak sbb i suka yg vogue..bluwekk

Mungkin jiwa ni dh semakin meningkat usia, jadi taste pun dh menurun skit..haha..mungkin..jadi inilah cinta baru SB yg akan dikelek kehulu kehilir!!






SB lagi suka sbb talinya boleh dicabut pakai..boleh sandang mcm hanbag gituw..ala2 clucth bertali.


Jenama ai x kisah..cikai2 ke, tp yg branded pun mak ok jer..asalkan kene ngan jiwa nih,..boleh letak hp, ada 3 compartment, 8 slot card, 1 utk letak syiling..yg pasti keluasan dia sesuai utk letak hp ai ..kiki


I like I like I like..harga dia murah je uolss RM59.90 aje, cari kat FB Timber kat IOI City Mall.

Terharunya hati IBU..

Kisah pagi tadi..

Berkejaran ke kedai bawah Blok C sebab nk beli karipap sedap Mak Anjang..si kenit Hadeef nk mengikut..kalau dia x ikut..mmg zass je ibu lari..tp bila dia ikut, kenelah berjalan slow2 laju..ahaahaa cane tu slow2 laju...masa turun tangga kat tepi dewan yg ada playground tu, Ibu x pimpin tangan dia..ibu biar jer dia ikut kg blkg ..masa tu ada sorang makcik juga jln blkg Hadeef, 

Sekali, gedebuk si Hadeef jatuh, kaki dia terkena ibu..but ibu ok steady jer..pusing blkg tunduk sapu2 seluar dia..cemas ibu takut dia nangis..kang pagi2 melalak..habishla ibu...ibu dh cuak dah..

Ibu duk sibuk sapu2 debu kt seluar dia, dia plak sibuk nk tgk kaki ibu..igtkan apa yg dia nk tgk..nak tahu dia cakap apa?

" Ibu sakit x? ibu sakit x?...." sambil tangan nk selak kain ibu nk tgk kaki ibu..

Owh terdiam jap ibu...ibu cover line "Ibu ok je..hadeef tu sakit x?..sian hadeef jatuh..."

"Hadeef x sakit pun..." 
" Ibu sakit x...?"

Makcik blkg tu gelak senyum jer... "Ingatkan dia yg nangis, sekali x nangis pun..."

Ibu senyum..

Terharunya ibu anak syurga berumur 3 tahun 10 bulan 2 hari ni boleh fikir nk protect ibu..huwaaa nangis hujan dalam hati...huwaaaaaa

Alhamdulillah..semoga ank ini dpt melindungi ibu , abah & keluarga hingga ke Jannah..
Ibu sayang kamu dunia akhirat 


=== Ibu Hadeef ===
03/09/2015
7.14 pagi


SERBU FREE SCREENING AT IOI CITY MALL PUTRAJAYA

Berita baik utk orang2 Putrajaya dan sekitarnya..GSC telah dibuka kat IOI City Mall, Putrajaya..
GSC berbesar hati nak bagi korang merasa pengalaman menonton bersama mereka secara PERCUMA pada 7-11 Februari 2015..jom ramai kita gi..jln lepaskan peluang ni.

Lepas tgk free, jgn lupa review sini ya! SB pun tak nak lepaskan peluang ni...jom jom
Kat bawah ni adalah jadual tayangan yg korang boleh redeem..

Jgn lupa bawak keratan kupon tu nk redeem di Kaunter GSC ya!



GSC kat IOI CITY MALL PUTRAJAYA ni terletak di aras 2 tau..



FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

Alhamdulillah..dgn peluang yg diberi oleh Kelab Blogger Ben Ashaari, dapatla kami anak beranak peluang masuk menikmati keindahan alam dan bermesra dgn haiwan2 jinak dalam Farm In The City ni..sebenarnya peluang ni diberi kpd blogger utk review tempat2 best mcm ni..sbb tu dpt masuk free! Konsep zoo ni adalah petting zoo.

Tak sabar nk citer aihh..meh baca sampai habis pengalaman kami satu family belajar mengenai alam haiwan kt sini..mmg teruja habis , dan amaran ye..jangan letih membaca & melihat..sbb post ni akan ada banyak gambar...hihi

Daha lama dh tahu psl tempat ni sbenarnya..tapi asyik delay je nak pergi..tapi bila abg Ben bagi peluang ni..kebetulan pula mmg cuti umum Hari Wilayah..zuss laju je ajak Mr LP ke sini...Nak cari tempat ni tak susah pun, SB pun pergi tanpa tgk map, just tahu Farm In The City ni blkg Giant Seri Kembangan, Landmark dia Giant SK, betul2 blkg bangunan Atmosphere..jadi gamble je kitaorg redah. Tiba traffic light Giant Seri Kembangan, belok kanan..terus je sampai jumpa roundabout masuk pukul 3, terus lagi dlm 200m , terang benderang nampak sign Farm In The City ..datang awal dptla parking dalam, kalau x parking la kt luar, menapak ler sikit ya..tp x jauh sgt pom..jap nk tepek map dia ehsan dari google.

Ok, sedia semua..meh kita layan gambar2 di sepanjang pengalaman kami kat sana.
Ni tempat mula2 masuk sana, ladang kura2..ada dari mcm2 kura kt situ, yg besor yg kecik..yg monster..hehe, korang boleh bg mkn kat giant turtle kat sini, jgn risau x agresif pun..duk diam je tunggu kita bg makan..hehe

Menurut staff kt situ, ini kura2 terbesar di dunia. Brown colour dan 30 thun, ada sekor lg black colour dn berumur 31 tahun.
Ni pulak ayam api-api, adeh 30 tahun hidup inilah 1st time SB tgk live ni..haha


Burung Merak, musim ni sdg bersalin bulu, jd merak ni takkan mengembangkan ekornya.
Burung Tiong Mas
Burung Kakak Tua
Burung Nuri


Bagi SB 1 family, part dlm sangkar burung ni paling best..Byk tahu psl nama2 burung, dan burung kt dlm ni semuanya jinak..asal ada makanan kt tangan..mesti dia dtg..staff kt situ pun agaknya mmg dilatih utk entertained pengunjung dgn baik.Mmg byk info dpt dari diaorg.
Ini budak Hadeef sikit pun x takut ngan haiwan2 ni, mmg sifat anak2 ingin tahu kan, malah dia excited sgt dpt bagi burung2 ni makan..siap ckp haa makan makan..hihi..

Next, kitaorg melangkah ke rabbit farm, disekeliling rabbit farm ni ada longkang kecik, dlm tu ada ikan2 kecik, disediakan pukat kecil dan besen kecik utk anak2 kita enjoy tangkap ikan & lepaskan semula ke dlm longkang tu. SB tak kasi Hadeef tangkap ikan, sbb dh tahu dia addict ngan air, silap2 dia yg masuk longkang tu, dahler x bawak baju spare..Masuk rabbit farm tu bagi Hadeef explore dunia rabbit, mmg berani sungguh budak ni, bg makan, kejar2 renab tu..

                                                Siap bertentang mata..haa ko ado? haha
Staff bhgian ni ckp ni kategori arnab paling cantik le kat sini, ada mcm2 jenis arnab ada kt situ, Dia ni tak suka bercampur ngan arnab lain, suka menyendiri..padanla pun...cantik.. :-)
Penat kejar anak2, bolehla singgah berehat di mini restoren sebelah ladang arnab ni, ada jual jagung manis, hotdog dan air kut..SB x singgah duduk sbb mcm x lapar sgt lg..plus letih kejar Hadeef yg sgt2 excited dtg sini.Suasana pun nyaman je..x rasa panas sbb redup tempat je tmpt ni.

 Next, kita gi bagi ikan2 ni makan, Hadeef siap nk melompat panjat pagar nk terjun ke ikan ni..fuh bahaya..nasib sempat pegang dia..yes utk anak2 yg super aktif mcm Hadeef ni, kene 300% jaga dia, x boleh lepa lgsung..dia mmgla excited tp tatau bahaya kt depan. Btw, ikan2 kt sini mmg serbu weh kalau kita lemparkn makanan dia...fuh berjuta2 lemon ikan..hahha
Time kitaorg sampai area Landak Raya ni tgh tido, 1st time gak SB tgk depan mata landak gergasi nih..ada 2 ekor sdg tidor kekenyangan kut, seriau tgk besor sgt..kihkih..

Banyak haiwan2 jinak kt sini dimana tempat ni sgt sesuai sbgai tempat utk anak2 belajar mengenali haiwan. Kalau dtg tepat waktunya ada pertunjukan burung kakaktua dan menunggang kuda padi. Masa SB lat sini kuda2 ni sdg berehat so x dptla nk naik kuda ni..Antara haiwan yg ada adalah seperti rusa, kambing, kanggaro, memerang, musang, iguana, haiwan exotic dll. 

Tadi ada mini restoren, pengunjung jugak blh membasahkan tekak di food court yg terletak di akhir pintu keluar Farm In The City ni, ada ruang makan yg open dan berhawa dingin, terdapat jgk warung2 kecik antaranya jual ABC, nyam nampak sedap je, tapi SB x beli pun sbb dh ambil set makanan ringan kat food court ni.
Nmpk gigih x kat situ, dtg bertiga amik set 4..haha
Selesai mengisi perut, kami pn beransur pulang, mmg best pengalaman kami kat sini, siap dh simpan niat mmg akan dtg lagi kesini nnt..Insha Allah

Bagi kanak2 pula, mereka akan diberikan 1 sijil penghargaan pernah berkunjung ke sini. 

Fuh byk lagi gambar2 SB ambil kat sini, rasa dh byk kut upload..kalau nk lebih tahu better korang pergi alami sendiri kan best!

Kalau nak pergi, ni SB tepek alamat Farm In The City

Jalan Prima Tropika Barat 2, Taman Prima Tropika, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Phone:03-8941 2099

Harga Tiket adalah seperti tertera :

Pengunjung jg boleh mengambil pakej keluarga ni

Mmg tempat yg menarik utk dikunjungi seisi keluarga sambil belajar mengenali haiwan, di kawasan pintu masuk, ada kedai cenderamata , korang blhla beli cenderamata utk dibawa pulang tanda kenangan sampai disini.

Sedikit info buat pengunjung :
  1. Ada jurugambar yg akan mengambil gambar anda dan beliau akan beri anda kupon utk ambil gambar di kaunter gambar di pintu keluar. Anda boleh beli gambar tersebut jika anda suka.
  2. Jangan risau utk memberi makan haiwan disini, di setiap kawasan memberi makan, ada disediakan tempat mencuci tangan.
  3. Lagi elok pakai kasut ke sini, sbb anda akan melalui jalan berbatu, dan mungkin sedikit basah kalau slps hujan akan lecak sedikit, juga pakai kasut kpd anak2 sbb mereka akan dekat ngan haiwan kan, bimbang najis haiwan melekat di kaki. 
  4. Setakat pengalaman SB sekeluarga, kakitangan disana sgt membantu & sedia menjawab segala prtanyaan pengunjung.

Selamat Berkunjung ke sini uolss!! Kami balik dgn gembira & puas hati, rasa berbaloi dtg sini.

HIDUP IBARAT RODA

Dilemparkan kekesalan di dalam hati..sedang SB pun keresahan & mengalami kedukaan..ada seorg sahabat yg sedang bergelut dengan masalah kehidupan yg lagi hebat dari SB..Masha Allah..tak tahu nk mulakan dari mana...Sb takkan reveal siapa dia..cukuplah SB menyimpan kisah hidupnya disini..supaya SB dapat ingat..dia insan yg kuat pernah SB kenal...SB akan ingat dia sebagai insan yg cekal..tak dapat membayangkan jika SB berada di tempat dia..

Betul kata2 penceramah...kita jgn ingat kita shj yg ada masalah yg berat & besar..ketahuilah bahawa masih ada lagi insan yg sedang bergelut dengan masalah yg lagi besar...

Patutla kebelakangan ni, SB tak nampak dia mengemaskini status FB dia..rupanya dia sedang berduka..menghadapi masalah bisness, rakan2 sekeliling dan juga paling meruntum jiwa masalah keluarga..
SB kagum dengan dia , insan kecil molek..comel sgt..ramah..suka senyum..nampak happy& bahagi..rupanya sdg bergelut dgn banyak masalah..semuanya disembunyikan di sebalik senyuman dan keramahannya...Ya Allah..x dpt nk gambarkan..

Bergelar ibu tunggal di usia yg sangat muda..dengan 3 org anak2 syurga..dia tabah & kuat..Ya Allah mujurlah dia masih waras dan tenang menghadapi dugaan ini..Alhamdulillah syukur Ya Allah , Kau masih memelihara sahabatku ini dari buat perkara2 diluar kawalan...Ya dia akui..kekadang berfikir utk menamatkan semua ini dgn jalan mudah..tapi mujurlah syaitan kalah menggodanya..Allah masih memelihara dia..

Disaaat mencari rezeki halal utk membesarkan anak2 syurga, dugaan masalah keluarga yg bertimpa2 membuatkan dia terduduk seketika. Kereta, rumah, bisness, kasih syg..hilang sekelip mata...Kuat sungguh dugaan yg Allah berikan kpd dia...Lantas akhirnya dia mengambil keputusan membawa diri ketempat yg SB pun tidak diberitahu..mencari kekuatan di tempat baru dimana tiada siapapun yg mengenali dia..sehelai sepinggang..sehingga menemui kekuatan yg baru untuk bangkit semula.

Di saat SB menulis ini...dia masih di sana..di tempat itu, kekuatan & ketenangan harus dicari utk mempersiapkan diri menghadapi kemungkinan ranjau yg pasti akan lagi mencabar..dengan hati hancur dek kerana rindukan anak2..semoga ketenangan yg Allah beri kpdNya..

SB hanya mampu memberi semngat dan dorongan kpdnya...bantuan kewangan yg SB tawarkan..ditolak kerana sayangkan persahabatan ini...Sb sgt respect dia...
Sabarlah sayang...Allah menguji hamba2Nya yg mampu...Allah tahu kamu mampu hadapi...Allah tahu kamu kuat..Allah dtgkan kepahitan ini sesungguhnya utk kamu mengecap KEMANISAN akan datang...pasti...InshaAllah syg...hapuskan airmatamu...leraikan kedukaanmu..

Ku pasti selitkan doaku buatmu sahabat..walau dimana kau berada,...semoga kau sentiasa dilindungi Allah.

kau pasti temui bahagiamu sahabat..Insha Allah..sekarang kau berada di bawah...suatu hari pasti kau akan berada di atas...HIDUP IBARAT RODA YG BERPUSING...

Aku Spek Biru Berwajah Baru

Adiossaaa!!

Sejak penubuhan belog yg tak seberapa ni, seingat SB tak pernah lg SB tukar wajah dia..tahun 2015 , ,azam baru, semangat baru, kerajinan yg baru...SB telah menukar wajah belog AKU SPEK BIRU NI...

Haaa...barulah BIRU...kihkihhh

Ni wajah lama :-


Sekarang dh nampak BIRU kan???

Semangat dan Azam tahun 2015

NAK RAJINKAN DIRI MEMBELOG..

InshaAllah..

MIMPI MAINAN TIDUR??

Saje SB nak coretkan kat sini..supaya ingatan tak lupa apa jua mengenai Arwah Ayah..

Suatu petang aku tertidur ngan dak Hadeef, Sb belum solat Asar tapi mata ni bagai digam-gam payah nak celik..peram lagi sampai bermimpi....................

"SB & Hadeef mcm naik motor ronda2..pastu ternampak ramai org berbaju putih, berkopiah, berpelikat, bertelekung beratur menuju ke Masjid, dicelah2 org ramai tu tetiba SB ternampak Arwah Ayah..Arwah jalan straight je ke depan, tak toleh mana2..motor SB terlajak, SB pusing balik dan panggil Arwah Ayah..siap bergerak beriringan..tapi Arwah Ayah jalan kedepan je tanpa menoleh..."
gambar sekadar hiasan

Tak lama kemudian SB tersedar dari tidur, tengok jam pukul 6.30ptg..
owhh herm..mungkin mimpi ni nak suruh aku bangun tunaikan solat Asar...ALHAMDULILLAH...

Terima kasih Ya Allah ..sbb hadirkan Arwah dalam mimpi..terubat rindu..Alhamdulillah..