Selamat Ulang tahun Spek Biru

Alhamdulillah..berinjak ke usia baru pada 17 Disember.

Masha Allah pejam celik dah tua rupanya SB..dalam diam tak sedar..Allah dah lama bagi SB bernafas di buminya yg indah ni..Syukur Alhamdulillah..semoga Allah masih sudi memanjangkan umur SB supaya dapat menikmati keindahan Alam Fana ciptaanNya ini..Amin Ya Rabb.

Bersyukur sbb dapat peluk mak 3 hari lps sbb kebetulan singgah kerumah jenguk mak..Terimakasih MAK kerana melahir dan membesarkan anakmu yg degil ini. Jasa MAK sampai ke ahkhir hayat SB takkan lupa..Dikala ini kalau arwah AYAH masih ada..SB pun takkan malu nk peluk dia..kerana arwah AYAH berusaha beri pendidikan dan ajaran terbaik utk anak2 dia...Al-Fatihah buat Arwah AYAH..semoga AYAH ditempatkan dikalangan mujahid yg soleh.

Sejujurnya..SB pun tak perasan 17 Dis besday SB..itupun sbb Mr. LP wish..kalau x mmg lupa terus!! sbb kami sekeluarga masih dlm keadaan bersedih kehilangan Arwah Abg Khairul pada 12/12/2014 (5.45 ptg). Berita mengejut ini membuatkan kami sekeluarga berduka..kehilangannya mengejut..namun kami redha..inilah takdir Allah yg tak mampu kita sangkal..Kun Fayakun!!
Arwah adalah suami kpd kakak ipar SB (abg ipar LP). Beliau amat rapat ngan LP dan adik beradik sbb tu kehilangan beliau amat dirasai.
Sepatutnya kami akan jumpa arwah pada 17 Dis krn arwah akan dtg ke Putrajaya slps selesai berkursus, namun takdir Allah mengatasi segala perancangan.



Jadi biarlah di ulangtahun kelahiran bagi tahun ini, SB sekeluarga hadapi saat2 getir keluarga kami diduga. Tambah kedukaan kami lagi ptg smlm (18/12/2014)  kami diberitakan dgn kematian bapa saudara LP (AyahNgah) . Selang 6 hari dengan kematian Abang Khairul..Masha Allah..speechless kami, hebatnya dugaanMu Ya Allah..kami Redha..

Doakan kami tabah menghadapi..
terima kasih.

0 komen: