PANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN (KHUSUF)

Buat makluman semua, hari ini Rabu 08/10/2014  kita berpeluang bertemu lagi dengan kejadian Allah yg Maha Agung..iaitu Gerhana Bulan .Untuk di Semenanjung Malaysia pula dimaklumkan orang ramai hanya dapat menyaksikan Gerhana Bulan Separa iaitu apabila Bulan telah keluar daripada fasa Bulan Penuh.


Tempoh Masa Fasa Gerhana Bulan Bermula Dan Berakhir Waktu Di Malaysia
6.25 petangGerhana akan bermula dengan fasa penuh umbra
6.54 petangKemuncak fasa gerhana bulan penuh berlaku
7.24 malamFasa gerhana bulan penuh tamat
8.34 malamBulan akan mula keluar daripada bayang umbra bumi
9.33 malamFenomena Gerhana Bulan Penuh tamat sepenuhnya

KELEBIHAN SOLAT SUNAT GERHANA


Kejadian gerhana bulan mengajak kita untuk menambahkan lagi keimanan tentang kehebatan dan kekuasaan Allah Subhanahu Wata’ala sebagai Pentadbir seluruh alam, segala peredaran cakerawala, bumi, bulan, matahari dan seumpamanya. Peredaran bulan dan matahari yang teratur setiap hari secara berganti-ganti, matahari beredar di waktu siang, manakala bulan beredar di waktu malam adalah atas kudrat dan iradat Allah Subhanahu Wata’ala jua. Ia mempunyai hikmat dan tujuan tersendiri antaranya bagi tujuan membolehkan manusia untuk bekerja pada siang hari dengan mudah dan pada malam hari pula dapat berehat dan bermunajat kepada Allah dengan tenang.
Pergerakan matahari dan bulan yang teratur dan tetap juga dapat digunakan oleh manusia untuk dijadikan kalendar tahunan samada berdasarkan pergerakan matahari bagi kalendar Masihi dan mengikut peredaran bulan bagi taqwim Hijrah. Oleh itu setiap kejadian yang berlaku termasuk gerhana bulan pada malam ini adalah untuk mengetuk hati kita agar bersyukur dan mengingati Allah sepanjang masa dan tempat. Kita sentiasa diminta agar berfikir tentang kejadian alam ciptaan Allah dalam mengenali sifat-sifat Allah dan juga mengakui diri kita sebagai hamba yang serba lemah.
CARA SOLAT SUNAT GERHANA YANG PALING RINGKAS
Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Gerhana (Kusuf [matahari] @ Khusuf [Bulan])
Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari
أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Membaca Surah al-Fatihah
9) Membaca Surah al-Qur’an
10) Rukuk
11) Iktidal
12) Sujud
13) Duduk antara dua sujud
14) Sujud kali kedua
15) Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1) Membaca surah al-Fatihah
2) Membaca Surah al-Qur’an
3) Rukuk
4) Iktidal
5) Membaca Surah al-Fatihah
6) Membaca Surah al-Qur’an
7) Rukuk
8) Iktidal
9) Sujud
10) Duduk antara dua sujud
11) Sujud kali kedua
12) Duduk untuk tahiyyat akhir
13) Memberi salam ke kanan dan ke kiri
PANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA SECARA BERJEMAAAH
Hukum mengerjakan solat sunat ni adalah Sunat Muakkad, maksudnya  adalah merujuk kepada amalan atau perbuatan yang amat digalakkan didalam Islam berbanding sunat-sunat yang biasa (tidak muakkad). Antara contoh sunat muakkad adalah solat sunat hari raya, ibadah korban dan aqiqah. 
Jom sama2 kita buat ptg ni..Insha Allah semoga amalan kita diberkati Allah...kepada yg 1st time nk buat, jangan pelik kalau solat sunat ni ada 2 RAKAAT DGN SETIAP RAKAAT ADA  2 RUKU' & 2 QIYAM tau!

Sumber rujukan:
www.muis.gov.sg/websites/khutbah/gerhana2000

0 komen: