Selamat Ulang tahun Spek Biru

Alhamdulillah..berinjak ke usia baru pada 17 Disember.

Masha Allah pejam celik dah tua rupanya SB..dalam diam tak sedar..Allah dah lama bagi SB bernafas di buminya yg indah ni..Syukur Alhamdulillah..semoga Allah masih sudi memanjangkan umur SB supaya dapat menikmati keindahan Alam Fana ciptaanNya ini..Amin Ya Rabb.

Bersyukur sbb dapat peluk mak 3 hari lps sbb kebetulan singgah kerumah jenguk mak..Terimakasih MAK kerana melahir dan membesarkan anakmu yg degil ini. Jasa MAK sampai ke ahkhir hayat SB takkan lupa..Dikala ini kalau arwah AYAH masih ada..SB pun takkan malu nk peluk dia..kerana arwah AYAH berusaha beri pendidikan dan ajaran terbaik utk anak2 dia...Al-Fatihah buat Arwah AYAH..semoga AYAH ditempatkan dikalangan mujahid yg soleh.

Sejujurnya..SB pun tak perasan 17 Dis besday SB..itupun sbb Mr. LP wish..kalau x mmg lupa terus!! sbb kami sekeluarga masih dlm keadaan bersedih kehilangan Arwah Abg Khairul pada 12/12/2014 (5.45 ptg). Berita mengejut ini membuatkan kami sekeluarga berduka..kehilangannya mengejut..namun kami redha..inilah takdir Allah yg tak mampu kita sangkal..Kun Fayakun!!
Arwah adalah suami kpd kakak ipar SB (abg ipar LP). Beliau amat rapat ngan LP dan adik beradik sbb tu kehilangan beliau amat dirasai.
Sepatutnya kami akan jumpa arwah pada 17 Dis krn arwah akan dtg ke Putrajaya slps selesai berkursus, namun takdir Allah mengatasi segala perancangan.



Jadi biarlah di ulangtahun kelahiran bagi tahun ini, SB sekeluarga hadapi saat2 getir keluarga kami diduga. Tambah kedukaan kami lagi ptg smlm (18/12/2014)  kami diberitakan dgn kematian bapa saudara LP (AyahNgah) . Selang 6 hari dengan kematian Abang Khairul..Masha Allah..speechless kami, hebatnya dugaanMu Ya Allah..kami Redha..

Doakan kami tabah menghadapi..
terima kasih.

Benjolan Di Belakang Telinga Anak (Lyphoma)

Assalamualaikum w.b.t...


Kisahnya SB perasan ada benjolan kecil di  belakang telinga Hadeef, dia nmpak x sakit..kalau ditanya pun dijawabya " tak sakit pun"...mungkin btul dia x sakit..tapi kita as parent risau ler benjolan tu makin lama makin membesor weh. Cuba perhatikan bengkak benjolan ni..sape yg tak susah hati tgk bengkak camni kat anak kan? 

Pergi klinik swasta kat P9 tu then dia refer kes ke Hospital Putrajaya terus, erm kat sana direfer pula ke Klinik E&T..doc confirm ini dipanggil cyst lyphoma atau senang dipanggil Kelenjar Getah Bening. Doc assign utk operate dlm masa sebulan lps tu sbb kalau dibiarkan lama takut bengkak tu pecah dan menyebabkan infeksi yg boleh memudaratkan pula. SB dan LP mmg takut dgr..walaupun nampak sikit je tapi taknak la pepe berlaku kt anak kami nan sorang ni..kami decide ikut cakap doc.


So pada 18/11/2014 tu hadeef masuk bilik operation di Hospital Putrajaya. Daftar masuk wad pd pukul 8.00pg, Malamnya Hadeef kene berpuasa ...nasib awal2 pg tu x mintak nasi lagi..dia ada minta air , tapi main2 supaya dia buat2 lupa..lagipun dia nmpk excited masuk kawasan hospital..mcm masuk kawasan playground..hehehe..

 Ni keadaaan hadeef selepas bedah, masih mamai2..sebelum ibu pergi ke tempat dia di NICU tu , dgr dari luar dia melalak nangis carik ibu..tersedu sedan nangis...slps doc sedarkan dia baru sedar ibu takde..apa lagi melalak la..owh btw utk operation ni doc buat full bius sbb dia budak lagi...kalau dewasa bius area telinga je.



Ini hasil pembedahan..hehe..inilah kelenjar berlebihan yg bersarang dibelakang telinga Hadeef ni, ada sebesar ibu jari SB..ngeri je mengingatkan..doc called this Lyphoma  cyst. Baru SB tahu cyst ni bukan ada dlm rahim wanita shj..kt mana2 pun boleh ada rupanya. Spesimen ni diambil oleh pihak hospital utk dibuat ujikaji makmal katanya..suka hati koranglah doc nk wat kajian ke apa, janji anakku selamat menjalani pembedahan..Aminn Alhamdulillah

Doc bagi appointmt utk lihat pkembangan operation ni, dan Alhamdulillah hadeef sihat dan tiada sebarang infeksi kat bahagian yg sama dah..yg tinggal cuma parut yg mungkin akan dikenang sepanjang hayat. Sbb tu SB karang kat sini supaya esok2 bila SB dh takde, Hadeef dah besar, dia blh baca sendiri apa yg  berlaku kat diri dia masa kecik.

SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU HADEEF

01.11.2011  -  01.11.2014

Cukup 3 tahun pada hari ini..
semoga terus membesar dgn sihat dan sentiasa dalam rahmat Allah..
semoga perjalanan hidupmu sentiasa dipermudahkan ya anakku!

Ibu sayang kamu dunia akhirat!
Ibu belum sempat nk buat majlis hari lahir kamu..
Insha Allah ya..
tp jgn lupa..ibu sentiasa melengkapi hidupmu...


Berhari Raya Aidiladha di Putrajaya 2014

Rentetan dari kisah Mr.LP demam denggi kan..maka kami sekelurga terpaksalah berhari raya di sini..sedih soo touching tau..raya di perantauan..ni kiranya kali 2 kami berhari raya korban disini..last year sbb cuti dah habesss..tahun ni dugaan LP kene denggi..last2 keputusannya redha jelah..

Tahun ni berkesempatan tgk proses ibadah korban kat kawasan rumah...Sebab balik dari masjid right on time diaorg dh selesaikan 2 ekor lembu masa tu..tinggal lg seekor..sempatlah hadeef tgk lembu..hehe..maklumlakan..budak2 bandor ni jakun pelik la tgk lembu..kat bandor takde lembu..Excited dia tgk lembu...sian.."lembu sakit: katanya..bila tgk darah byk kuar dari leher lembu..SB x amik gambar sbb hp ada dlm beg..mls nk keluarkan dgn keadaan dukung budak Hadeef yg tgk lembu mcm nk terkam...igt tgk kucing agaknya nk belai2..hhehehe

Gambar selepas solat hari Raya adalah..kami bersolat di Masjid Besi, Presint 3 Putrajaya..Alhamdulillah dapat juga merasai berhari raya walau tak balik kampung..huwaaaa..nangis laju2..


 Cuba tgk budok kecik ni, dirampasnya monopod SB..syok selfie sendiri..nasib pandai tekan shutter tuh..gambor senget benget x kisah asalkan selfie..layankan jelah anak oiii...


Dalam dilema...Pembelajaran ikut peringkat umur anak

SB masih dlm dilema lagi nih nk hantar hadeef ke tadika . Tahun depan dia dah 4 tahun, SB & LP dah daftarkan dia ke Tadika Arina Presint 9 nun. Semasa berjumpa dan dpt penerangan dari Teacher Arina Tan, SB begitu yakin nk hantarkan Hadeef kesana..tapi lately ni LP plak mcm berat hati, katanya umur 4 tahun masih dlm proses nk bermain, mcm x perlu dihantar tadika lagi...
Kawan2 sume boleh tlg bg pandangan tak?? patut ke tak patut hantar anak ke tadika seawal 4 tahun???



Erm...kata2 LP buat SB goyah sikit, tp ttp cari info2..byk yg SB jumpa kebaikan hantar anak ke tadika seawal 4 tahun ni..terjumpa artikel dari Harian Metro bertarikh 10/01/2012 ni :-
PAKAR perkembangan dan psikologi kanak-kanak berpendapat lebih separuh daripada perkemba­ngan intelektual kanak-kanak berlaku pada usia sifar hingga empat tahun manakala satu pertiga yang lain sempurna perkembangannya ketika kanak-kanak berusia lapan tahun.
Kajian yang dijalankan pakar neurologi mendapati 80 hingga 85 peratus perkembangan otak manusia berlaku dalam tempoh enam tahun pertama usia kanak-kanak. 
Jika dulu rata-rata ibu bapa menghantar anak-anak ke tadika pada usia enam tahun tetapi kini pada usia lima tahun, anak-anak sudah didedahkan dengan pendidikan awal kanak-kanak. Malah senario hari ini semakin berubah apabila ramai ibu bapa mengambil keputusan menghantar anak ke tadika seawal usia tiga dan empat tahun.

Kajian di California, Amerika Syarikat mengenai pendidikan awal kanak-kanak pada 2002 oleh Sue Dockett dan Bob Perry mendapati kanak-kanak bersedia ke sekolah lebih awal tetapi tidak bersedia untuk belajar lebih awal. Sebanyak 60 peratus pula bersetuju bahawa memasuki sekolah pada usia lima tahun ke bawah akan mendatangkan kejayaan kepada kanak-kanak itu.

Persoalan mengenai masa sesuai menghantar anak ke tadika iaitu pada usia empat atau lima tahun sebenarnya terpulang kepada ibu bapa itu sendiri. Pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum menghantar mereka ke tadikaBagi ibu kepada tiga anak, Norzuraini Shibi, keputusan menghantar anak pertama, Syafiqah Amirah Nazri pada usia empat tahun ke tadika kerana ingin memberi pendedahan kepada anak sulung supaya lebih berdikari dan memberi tindak balas positif kepada persekitaran sekolah.“Pada mulanya penerimaan Syafiqah memang sukar namun selepas dua bulan, dia mula seronok dengan persekitaran sekolah serta mula menunjukkan minat belajar,” katanya. 

Malah pada usia lima tahun, dia sudah boleh membaca dengan lancar dan ini memudahkan Shafiqah apabila memasuki darjah satu pada tahun ini apabila dia langsung tidak menangis malah boleh berdikari tanpa kehadiran ibu di sisi.

Untuk anak kedua, Norzuraini bertindak lebih awal dengan menghantar Sofea Azrina Nazri seawal usia tiga tahun ke tadika. Ini kerana tidak seperti kakaknya yang lebih aktif dan banyak cakap, Sofea agak pendiam dan kurang keyakinan diri.

“Saya agak takut mengenangkan diri Sofea lalu berbincang dengan suami untuk menghantar Sofea ke sekolah lebih awal. Saya tidak mengharapkan yang dia boleh menguasai sesuatu pada usia sebegini sebaliknya supaya dia lebih bersosial, berbual dengan rakan dan memahami arahan guru. Selepas dua bulan saya dapati perubahan ketara pada diri Sofea kerana dia semakin berani dan mempunyai keyakinan diri,” katanya. 

Menurut Norzuraini, setiap kanak-kanak mempunyai potensi diri yang perlu digilap dan dibentuk dengan baik. Dengan menghantar anak ke tadika seawal usia tiga dan empat tahun, dia dapat dilatih dan diajar oleh guru berpe­ngalaman. 
Daripada duduk di rumah menonton televisyen atau bermain permainan video, lebih baik anak dihantar ke tadika supaya dia dapat belajar secara perlahan-lahan.

“Sebagai ibu bapa, usah menaruh harapan terlalu tinggi yang anak akan membaca pada usia yang awal atau memahami proses tambah atau tolak. Apa yang penting mereka mampu belajar asas membaca, mengira atau menulis serta bermain bersama rakan-rakan yang dapat membantu merangsang otak anak dan melatih koordinasi mata dan tangan,” ujarnya yang turut menghantar anak ketiga, Ahmad Harees Syafiq yang kini berusia tiga tahun di sekolah tadika yang sama dengan Sofea. 

Walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak untuk pendidikan ketiga-tiga anaknya, namun demi pelajaran anak-anak dia tidak kisah kerana Norzuraini yakin pendidikan awal mampu membentuk ketiga-tiga anaknya menjadi seorang yang lebih mencintai ilmu dan menyukai suasana persekitaran persekolahan. 

Pengetua Smart Reader Kids cawangan Bandar Baru Bangi, Datin Nor Hidayawati Jaafar, berpendapat pendedahan seawal usia tiga dan empat tahun untuk pendidikan prasekolah anak-anak dapat membentuk diri mereka menjadi lebih bertanggungjawab serta dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekolahan sebenar apabila mencecah usia tujuh tahun.

Dengan kata lain, kanak-kanak yang berada di tadika selama tiga atau empat tahun menjadi lebih berdikari, tidak takut serta mudah menerima pelajaran di sekolah. 

“Ini bermakna apabila kanak-kanak ini memasuki darjah satu mereka tidak takut kepada persekitaran sekolah, tidak mengalami kejutan budaya apabila diberi kerja sekolah yang banyak serta berhadapan dengan guru yang tegas. Ini kerana semua ini sudah dialami sepanjang berada di tadika,” katanya. 

Menurut Nor Hidayawati, ibu bapa bekerja dan tiada masa memastikan pembelajaran anak-anak di rumah menjadikan tugas guru tadika menjadi semakin berat. Ditambah pula apabila memasuki sekolah rendah, persaingan sengit antara pelajar serta pelajar yang bijak dan berkebolehan menjadikan ada antara ibu bapa tertekan dalam memastikan anak-anak tidak ketinggalan dalam pelajaran.

“Apabila memasuki darjah satu, guru bukan setakat beranggapan pelajar sudah boleh membaca dengan lancar tetapi memahami apa yang dibaca serta mempunyai pemikiran kritis bagi setiap apa yang difahaminya. Bagi kanak-kanak yang masih tidak boleh membaca atau belum dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, sudah tentu mereka akan ketinggalan,” katanya. 

Walaupun Smart Reader Kids menyediakan kelas untuk kanak-kanak berusia tiga dan empat tahun namun apa yang diajar bersesuaian dengan usia mereka. Misalnya pada usia tiga dan empat tahun, mereka bukan saja diberi penekanan daripada sudut sosial tetapi teknik memegang pensel dan mengenal huruf. Malah bagi pelajar yang mampu mencapai tahap diberikan, mereka akan terus meningkat ke tahap seterusnya. Ini bagi memastikan mereka tidak bosan. 

“Kanak-kanak pada usia lima dan enam tahun pula didedahkan pada persekitaran sebenar sama seperti sekolah rendah. Mereka diberi pemahaman yang jelas sekolah adalah tempat belajar dan bukannya bermain. Sebab itu dalam masa tiga jam di sekolah mereka diberi latihan serta tunjuk ajar menggunakan papan putih serta buku latihan bagi membiasakan diri mereka dengan buku teks dan latihan sebenar ketika darjah satu. 

“Selain itu Smart Reader Kids juga mewujudkan peperiksaan pada pertengahan dan akhir tahun bagi memberikan suasana sebenar di sekolah,” katanya. 

Justeru, Nor Hidayawati menasihatkan ibu bapa supaya memilih tadika yang menyediakan sistem pembelajaran sistematik dengan menyediakan semua pelajaran asas termasuk pendidikan Islam serta Fardu Ain. 

Pastikan waktu belajar tidak terlalu panjang, seeloknya tiga jam untuk pembelajaran saja kerana kanak-kanak mudah bosan dan akan mula bermain apabila waktu belajar terlalu panjang. 

“Sebaiknya cari tadika berbeza dengan tempat penjagaan mereka supaya mereka tidak bosan kerana terlalu lama berada di sekolah. Paling penting cikgu yang disediakan mampu mendidik pelajar untuk memahami apa yang diajar,” katanya. 

Pendapat yang sama turut diberikan pengurus Sinar Bistari Ceria, Asiah Wahid ,yang bersetuju sekiranya anak-anak dihantar ke tadika pada usia yang awal. Ini kerana pada masa sekarang kanak-kanak semakin bijak dan mula terdedah dengan teknologi yang menyebabkan perkembangan minda mereka berlaku dengan cepat. 

“Pada usia empat tahun naluri ingin tahu mereka terlalu tinggi. Namun ibu bapa jangan sesekali memaksa tetapi memberi mereka ruang untuk belajar. Apabila mereka meningkat usia enam tahun, barulah mereka perlu tahu dan memahami apa yang diajar,” katanya. 
Dia juga menolak dakwaan kanak-kanak akan mudah bosan apabila dihantar terlalu awal ke sekolah. Sebenarnya ini tidak berlaku kerana setiap tadika menyediakan sistem pembelajaran berbeza mengikut peringkat umur. Jadi tidak timbul perasaan bosan malah mereka akan lebih matang dan mempunyai tanggungjawab yang tinggi untuk belajar dengan bersungguh-sungguh apabila di sekolah rendah. 

Tuntutan yang tinggi serta persaingan sengit di sekolah rendah menyebabkan ibu bapa semakin terbuka untuk memberi pendidikan awal kepada anak-anak. Ini kerana kekangan masa dengan ibu bapa berkerjaya menyebabkan tugas mendidik anak-anak banyak diberikan kepada guru tadika. 

“Namun dalam pencarian mendapatkan pendidikan sempurna, semuanya bergantung kepada kemampuan ibu bapa. Bagi ibu bapa berpendapatan agak baik, tidak salah mencarikan sekolah berkualiti serta memenuhi kriteria dikehendaki mereka sebaliknya bagi ibu bapa kurang mampu, masih banyak sekolah yang menyediakan pendidikan yang sama. Terpulang kepada kehendak serta keperluan masing-masing,” katanya.



PANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN (KHUSUF)

Buat makluman semua, hari ini Rabu 08/10/2014  kita berpeluang bertemu lagi dengan kejadian Allah yg Maha Agung..iaitu Gerhana Bulan .Untuk di Semenanjung Malaysia pula dimaklumkan orang ramai hanya dapat menyaksikan Gerhana Bulan Separa iaitu apabila Bulan telah keluar daripada fasa Bulan Penuh.


Tempoh Masa Fasa Gerhana Bulan Bermula Dan Berakhir Waktu Di Malaysia
6.25 petangGerhana akan bermula dengan fasa penuh umbra
6.54 petangKemuncak fasa gerhana bulan penuh berlaku
7.24 malamFasa gerhana bulan penuh tamat
8.34 malamBulan akan mula keluar daripada bayang umbra bumi
9.33 malamFenomena Gerhana Bulan Penuh tamat sepenuhnya

KELEBIHAN SOLAT SUNAT GERHANA


Kejadian gerhana bulan mengajak kita untuk menambahkan lagi keimanan tentang kehebatan dan kekuasaan Allah Subhanahu Wata’ala sebagai Pentadbir seluruh alam, segala peredaran cakerawala, bumi, bulan, matahari dan seumpamanya. Peredaran bulan dan matahari yang teratur setiap hari secara berganti-ganti, matahari beredar di waktu siang, manakala bulan beredar di waktu malam adalah atas kudrat dan iradat Allah Subhanahu Wata’ala jua. Ia mempunyai hikmat dan tujuan tersendiri antaranya bagi tujuan membolehkan manusia untuk bekerja pada siang hari dengan mudah dan pada malam hari pula dapat berehat dan bermunajat kepada Allah dengan tenang.
Pergerakan matahari dan bulan yang teratur dan tetap juga dapat digunakan oleh manusia untuk dijadikan kalendar tahunan samada berdasarkan pergerakan matahari bagi kalendar Masihi dan mengikut peredaran bulan bagi taqwim Hijrah. Oleh itu setiap kejadian yang berlaku termasuk gerhana bulan pada malam ini adalah untuk mengetuk hati kita agar bersyukur dan mengingati Allah sepanjang masa dan tempat. Kita sentiasa diminta agar berfikir tentang kejadian alam ciptaan Allah dalam mengenali sifat-sifat Allah dan juga mengakui diri kita sebagai hamba yang serba lemah.
CARA SOLAT SUNAT GERHANA YANG PALING RINGKAS
Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Gerhana (Kusuf [matahari] @ Khusuf [Bulan])
Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari
أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Membaca Surah al-Fatihah
9) Membaca Surah al-Qur’an
10) Rukuk
11) Iktidal
12) Sujud
13) Duduk antara dua sujud
14) Sujud kali kedua
15) Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1) Membaca surah al-Fatihah
2) Membaca Surah al-Qur’an
3) Rukuk
4) Iktidal
5) Membaca Surah al-Fatihah
6) Membaca Surah al-Qur’an
7) Rukuk
8) Iktidal
9) Sujud
10) Duduk antara dua sujud
11) Sujud kali kedua
12) Duduk untuk tahiyyat akhir
13) Memberi salam ke kanan dan ke kiri
PANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA SECARA BERJEMAAAH
Hukum mengerjakan solat sunat ni adalah Sunat Muakkad, maksudnya  adalah merujuk kepada amalan atau perbuatan yang amat digalakkan didalam Islam berbanding sunat-sunat yang biasa (tidak muakkad). Antara contoh sunat muakkad adalah solat sunat hari raya, ibadah korban dan aqiqah. 
Jom sama2 kita buat ptg ni..Insha Allah semoga amalan kita diberkati Allah...kepada yg 1st time nk buat, jangan pelik kalau solat sunat ni ada 2 RAKAAT DGN SETIAP RAKAAT ADA  2 RUKU' & 2 QIYAM tau!

Sumber rujukan:
www.muis.gov.sg/websites/khutbah/gerhana2000

BAHAYA DEMAM DENGGI

Fuh..lama menyepi juga...
SB gagahi juga ni curi masa nk coretkan pengalaman menjaga Mr LP yg terkena demam denggi selama 10 hari nim..Alhamdulillah selepas 11 hari..LP fully recovered from dengue fever..macam2 dugaan bulan Oktober ni..Tragedi Oktober sungguh..alhamdulillah Allah menguji insan2 yg layak utk diuji..amin..SB nk cerita dari awal sampai akhir kronologi demam denggi yg menyerang LP nim..dgn rekod pemantauan sekali..semoga leh jd panduan utk kami dan utk semua readers.

26/09/2014 - Jumaat
Ahli keluarga LP semua dah sampai bkampung dirumah..semua datang sbb nk raikan adik bongsu nk konvo kat PICC pd keesokkannya.
Malam tu LP dah demam, sakit2 badan katanya..

27/09/2014- Sabtu
LP dah takleh bangun, sakit pala, x larat..mkn pun x lalu..minum pun x lalu...masa tu SB dah pelik sbb LP tak pernah demam takleh bangun camni..sudahnya LP mmg x dpt pergi konvo adik bongsu dia kat PICC pd sebelah ptg. SB pun keberatan nk pergi tp memikirkan yg kak ipar tak tahu jln nk ke PICC, kenelah juga SB pergi, tinggallah LP sorang2 jd penunggu rumah. Kesian adik LP sbb takde photographer utk majlis konvo dia...
SB sampai PICC dlm kul 3.00ptg..ramainya manusia kat sini..1st time pergi konvo sini punyalah ramai org..biasanya dtg sini takdelah ramai camni...dlm kul 6.30 majlis konvo belum selesai, SB pn dah letih pusing litar mengejor budak Hadeef..hadeef kan..kalau litar punyalah besor, maka bermaharajalela lah dia..ohooo..kalaulah LP ada..selalu gilir2 jaga dia..ni bila sorang2 handle, mcm nk hilang sabor jadiknya..haha..start 6.30ptg duk cuba calling LP..apalah khabor dia kt uamh tu, alahai naik lenguh mendail..sampai sudah x angkat kol, makinlah tambah risau SB..last2 dlm kul 7.30 mlm baru smpi umah. Balik tgk LP masih sama, x larat..mkn lagilah taknak..

28/09/2014- Ahad
Keadaan LP masih sama, still demam, bila mkn 1 bj panadol, kebah sekejap..pastu demam balik. LP lak takleh mkn 2 bj sekaligus panadol, kang ada yg bengkak mata ...LP ni alergic ubat, takleh mkn ubat sebarangan, dlm 2 hari ni mmg SB bertahan bagi VIVIX SHAKLEE, 2 biji Vit C , minum PERFORMANCE DRINK Shaklee nak kasi LP ada tenaga sikit..tp keadaan masih sama. 
Ptg keluarga LP sume dah nk btolak balik ke Kota Bharu dah, LP pun x dpt hantar diaorg ke airport sbb still takleh drive..rosak sume plan LP nk bawak family dia sume makan2..makan2 kt umah jelah, tu pun byk menapau sbb mmg SB x plan nk masak pun, mmg plannya nk makan2 kt luar je ramai2..huhu byk plan tergendala..yelah kita hanya mampu merancangkan...

29/09/2014- Isnin
Keadaaan LP masih sama, SB ajak LP ke Poliklinik Seri permai kat flet Hijau, Presint 9 nun, Doktor Kothai yg btugas, dia dah rasa lain mcm ngan LP, suh LP test darah di klinik dia, result dpt terus dlm masa 10 minit. huhu...confirm LP DEMAM DENGGI..tidakkkk...masa ni mmg SB dah risau sgt2...sakit hati sgt2 kat nyamuk denggi nim...rasa nk karate je..boleh gituw..haha
Then, Dr. Kothai wat refer letter ke Klinik Kesihatan Presint 9, tapi hari ini kami balik umah dulu memandangkan hadeef pun ada sekali hari ni, LP decide nk pi KK P9 esoknya aje..
Malam tu LP demam lagi, bagi 1 bj panadol, kebah..then demam lagi..

30/09/2014- Selasa
SB gi kerja pagi ni, LP plak dpt MC selama 2 hari dari Poliklinik Seri Permai tu, dia gi sorang je check darah semula di KK Presint 9. Cuba tgk result bermula 30/9 kat rekod pemantauan denggi LP kt bawah ni.
Bermula dari hari 27/9 lagi SB konsisten bagi LP minum VIVIX Shaklee 1 sudu , 3 kali sehari..kalau boleh nk bagi je setngah botol sehari, tp oleh kerana harganya agak mahal, tpaksa mencatu..hehe...kebetulan stok VIVIX pulak ada 1 botol aje...tp dah nekad taknak berkira..apalah sgt nk dibandingkan dgn kesihatan kita kan..melaburlah sikit..
Kalau tgk pd blood testing result ni, platelet darah LP semakin hari semakin jatuh, which means keadaan ini sgt membimbangkan. Kalau nak tahu :-

"Platlet darah adalah satu jenis sel micro yang terdapat dalam darah manusia. Fungsi-fungsi dan sifatnya masih tidak dikenalpasti dengan sepenuhnya oleh para saintis. Setakat ini, fungsi platlet darah yang diketahui secara umum adalah ia bertanggungjawab dalam prosespembekuan darah (hemostasis) khasnya pada tempat luka"

"Bagi mereka yang dijangkiti virus denggi, bacaan platlet darah akan mula turun sekitar hari ke-4 selepas gigitan nyamuk aedes itu. Apabila bacaan platelet darah menjadi kurang daripada 100 bpL, pesakit tersebut perlu dimasuk ke dalam wad hospital untuk jagaan rapi. Jika bacaan platelet darah menurun sehingga kurang daripada10 bpL, keadaan sudah menjadi kritikal dan pendarahan yang ketara akan mula dan boleh membawa maut!"

Masa ni SB mula serius meng"google" info psl denggi ni. yelah selama ni baca..tp tak lekat di otak..skang bila dh kene kt family sendiri, baru serius study betul2..Melalui pengalaman kwn2 yg pernah kene denggi nim, penawar mujarab adalah jus daun betik.Tersangatlah takut dan risau hokeh bila baca penurunan Platelet boleh membawa maut..minta dijauhkan..huhu, boleh baca secara detail mengenai denggi kat sini

Link ni bg byk info gak psl denggi, tp Serbuk aktif MineralCas  yg dia promote tu takdelh SB beli pun..SB baca je..

Ptg 30/9 ni, SB gi cari ketam kat pasar, redah jelah ketam apa yg hado..google ckp ketam nipah paling mujarab..tapi ramai yg berpengalaman..ketam biasa pun boleh..redah jelah beli 1 kilo ketam RM26 kat pasor Presint 8 nun, balik wat sup ketam terus kasik Lp hirup..tu pun bersuap bagai ko...eee ngade manja LP nim..nk angkat sudu pun x larat katanya..disebabkan SB ni nk jd isteri solehah, maka den turutkan ajo..hehehe..Minum sup ketam hari2 hinggalah 2/10, namun platelet darah LP tetap turun, duk cari merata jugak daun betik, kat pasor P8 tu tak hado jualnye..tanya2 org tak tahu mana jual..adeh payohnye nk cari pokok betik kat Putrajaya ni, lps ni SB nk tanam pokok betik..dlm pasu pun jadiklah..ihihi..

03/10/2014- Jumaat
LP still gi check darah kat KK, plt darah masih turun..kalu tgk kat rekod tu kan..see !! hari2 drip water ok..SB pelik napelah x wardedkan LP ni..tp ada hikmahnya jugak..kalau LP warded, sape nk jaga dia..jaga diri sendirilah ye kat spital, hadeef mana leh masuk kalau SB nk temankan dia sana..

Kul 11 pergi bangi, alhamdulillah kakak LP dapat cari daun betik kat kawan dia, balik terus rendam 2 helai daun betik, rendam selama 15 minit atau lebih, carik2kan masuk dlm blender, letak air sikit, then SB letak 2 sudu sunquick..hamek ko 2 sudu, nk kurangkan pun takpe..tp SB sian LP minum rasa pahit yg amat, dah letak sunquick pn pahit tak terkata..tp telan jelah LP..pahit tu kan ubat!
SB bagi LP pukul 1 ptg dna kul 4 ptg...

Kalau tgk result darah 3/10 pukul 10pg, platelet darah 44, alhamdulillah pukul 6 ptg LP gi check daah platelet darah naik ke 99..alhamdulillah...syukur sgt2, jus daun betik sangat2 membantu.
Memang amat2 membantu jus daun betik ni, skang ni Kementerian Kesihatan Malaysia dah keluarkan kenyataan tentang keberkesanan penggunaan jus daun betik kpd peningkatan platelet darah pesakit denggi.
Edaran kementerian kesihatan 23 september 2014

Penyediaan jus daun betik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
04/10/2014- Sabtu
Kalau tgk pd result platelet darah pada hari ni, ada sedikit turun, tapi LP dah lebih stabil memandangkan result HCT, WBC, PR, BP dah makin baik...tapi masih lagi gigih bagi LP minum jus daun betik ni..siap kene paksa2 hokeh suh dia minum..hehehe...

05/10/2014 - Ahad
Alhamdulillah..LP disahkan bebas dari denggi, tapi masih perlu jaga diri dan jaga kesihatan sbb badan still tak fit lagi, virus ni still ada dlm badan but semakin lemah mengganas..so SB pastikan LP diberi makan vitamin shaklee secukupnya..wajib telan VIVIX, Vitamin C, minum performance drink, Vitalea pun wajib kene beri hokeh!! dah bininye tokei Shaklee..haruslah bila sakit gini jadi bahan testimoni yer..barulah nampakkk!! kan..hehehe..tapi alhamdulillah syukur, vitamin SHAKLEE byk membantu LP untuk rasa lebih baik, sbb pengalaman kwn2 mmg lagi2 teruk dari LP.


Terima kasih kpd diri sndri yg berjaya jaga org sakit..hehehe..takdelah gurau je..Alhamdulillah dugaan bulan Oktober ni dpt kami harungi bersama,mudahan hadeef x dpt demam denggi, tau jelah kan kesian kalau anak2 kecil yg dpat..biarlah kita org tua je yg dapat sbb atleast imun kita still kuat nk lawan virus denggi tu kan.

Lepas ni kene 200% jaga persekitaran rumah, dah beli repellent yg letrik tu, mcm2 jenis beli, dengan ridsect bagai..itupun sempat SB tampor 2 ekor makhluk denggi ni kat dlm rumah SB..geram suungguh kat dia ni, camne SB tahu dia nyamuk aedes? mcm ni rupa dia..SB siap simpan bangkai dia hokeh!
mmg isytihar perang sungguh dgn binatang nih..

Yang paling bahaya nyamuk Aedes betina yg akan menggigit diwaktu pagi dan senja  Apabila nyamuk Aedes betina menggigit manusia atau haiwan ia akan memasukkan sekali virus denggi yang ada di dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia, selain dari tu,  Nyamuk Aedes jantan masih tidak berbahaya.


Kene lebih berhati2 selepas ini, semoga kejadian seumpama ni tidak terjadi dlm keluarga kami lagi..uhuu..dan yang paling sedeh...
KAMI TAK BALIK BERHARI RAYA KORBAN DI KAMPUNG TAHUN NI..huwaaaaa
nnt nect  etry beraya di Putrajaya k..
thanks sudi baca !

Happy Anniversary My lovely Manja

Selamat Ulangtahun perkahwinan ke 5 buat suamiku Mr LP..

Hari ini pada 24 Sept 2009 pukul 9.30 pagi, SB selamat bertukar status kpd status isteri..A really touching moment to remember..aiceh..hheheh..Semoga ikatan kasih sayang ini dirahmati hingga ke Jannah..
Terima kasih Mr.LP sbb sudi layan kerenah binimu yg cerewet nih..hahah.. Kami dah 12 tahun bercinta..5 tahun kahwin..hehe

Belanja gambor selfie kami yg bulat nih..hehe

Ha..sbb apa gelaran kami Manja? Sbb nama kami Ma dan Ja..itu je...smile!

Teh Tarik Place Ayer@8 Putrajaya

Teh Tarik Place Ayer@8 Putrajaya

Melayan kebosanan sekali skala kami lepak di teh Tarik Place. Kedai ni terletak di Ayer@8, Presint 8, Putrajaya..

Roti canai , teh tarik dia mmg best..harga? teh tarik RM3.90, roti canai RM3.50...french toast plak RM4.50..rasa dia?? mmg sedap! kene ngan selero mokcik nim..ahahha..

Sekali skala layan tekak sambil menikmati pemandangan indah Tasik Putrajaya..kalau datang mlm pun lawo..tgk lampu layan jiwang uolsss..tapi kami suka dtg siang hari..lagi jelas dan nyata view tu..



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dari MANJA SEKELUARGA


Untuk pertama kali, SB publish gambar family SB..
Salam lebaran buat semua pembaca dan blogger sekalian..
Semoga sentiasa gembira buat selamanya..
Aminnn

Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.com.my

Wah..last week duk shopping ngan Nile.com.my..tak tau pun rupanya nile.com.my sedang wat GIVEAWAY RAYA ni..bestnyer...SB taknak lepaskan peluang lah sertai peraduan gini..FIRST TIME ni join GIVEAWAY gini...
http://www.nile.com.my/page.php?cd=76

 Nile.Com.My mengadakan GA sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tak lama lagi.. Wahhh best duit raya! Siapa taknak kan?

Duit raya daripada Nile.Com.My
2 x Pemenang Bertuah akan mendapat RM300 tunai
4 x Pemenang Bertuah akan mendapat RM100 tunai

Jom sertai segmen Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My  sekarang!

1. Letak tajuk: Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My
2. Letak banner seperti di atas dan linkkan ke:
3. Ceritakan bagaimana anda manfaatkan hadiah RM300 untuk kegunaan Ramadhan atau Raya nanti.
4. Submit penyertaan dengan menghantar butiran ke email: give_away@nile.com.my 
Letak tajuk: Raya GiveAway (Nama anda)
    a. Link entry:
    b. Nama anda:
    c. Nombor handphone :

SEMAK KEPUTUSAN
Klik link INI pada 23/07/2014

PEMILIHAN PEMENANG
-menggunakan random.org

Tamat: 21/07/2014, 11.59pm
Mana tahu ada rezeki SB sekeluarga kan?? Kalau SB menang duit raya RM300 dari nile.com.my ni SB akan

  • Bagi tambahan duit raya RM100 kepada bonda tersayang yg susah penat melahirkan menjaga SB, Arwah ayah dah 4 tahun 3 bulan tinggalkan kami....(sob sob)...
  • Nak shopping bermacam2 bende dalam nile.com.my, nile online shopping ni best sbb dapat brg yg harganya SANGAT-SANGAT murah...dan kualiti barangnya SANGAT SUPERB..tak percaya dengan harganya, BUKTINYA meh SB tepek apa yg SB shopping last week tu:
Best kan..SB bayar RM104.10 sahaja dapat 5 brg..Sb shopping utk seisi keluarga..1 handbag coklat hadiah buat mak..1 handbag turqoise tu untuk kakak..Insta Hag tu utk hubby SB dan 2 jenis pelapik kasut tu utk SB sendiri..heheh
Kualiti habdbag dia mmg superb, kwn2 yg tgk tak percaya SB beli handbag dengan harga semurah RM28.50, sangat2 cantik..mmg SB PASTI beli lagi handbag di NILE.COM.MY

Dan yang paling penting sempena RAYA 2014 ni..pembelian RM48 keatas layak FREE DELIVERY !

  • Ada rezeki menang RM300 ni, lebih lagi RM200 tu SB nk beli lagi barangan keprluan rumah yg murah2 dalam nile.com.my ni..
  • Sebahagian duit tersebut SB akan sedekahkan kpd yang memerlukan, Cthnya makcik cleaner kat opis ni yg mmg hidupnya serba kekurangan.
  • Yang pasti wang RM300 yg bakal SB menangi ni SB NAK GEMBIRAKAN HATI SEMUA ORG YANG SB SAYANG!

Jom sertai ramai2..Good Luck tau!
Sebarkan kebaikan buat semua!..
Assalamualaikum...

PROMOSI SHAKE N TAKE 3

SB dan LP skang mengembangkan empayar bisness kami dgn buat sales barangan peralatan rumah plak..yg jdi semangat nk jual ni sbb kami juga menggunakannya..kami guna , puas hati dan kami menjual brg seperti ini supaya ramai dpt menikmati kemudahan mcm kami..hehehe

Kali ni kami nk wat promosi jualan SHAKE N TAKE generasi baru ni..lebih dikenali sebagai :-
SHAKE N TAKE 3

Juice Mixer ni berbeza sedikit daripada Shake N Take 2 sbb ia mempunyai:
  • 2 botol utk jus
  • 2 penutup utk stiap bootl
  • Mudah dicuci 
  • Mudah & Cepat
  • Tak perlu pindah jus ke gelas..minum terus dari botol
  • Just plug dan Mix jus kegemaran anda!
Shake N take 2 hanya mempunyai 1 botol sahaja..Shake N take 3 ni ada 2 botol..berbaloi-baloi..


Untuk berbuka semalam..kami sempat buat watermelon mealshake..disebabkan ada 2 botol yg cute ni..kami  dah x berebut dah..cukup sorang satu..heheh
Satu lagi yg best..ia mudah dicuci..mmg amat menjimatkan masa especially buat SB yg sentiasa sibuk ni kan.. :-) :-)
Ada 4 warna menarik tau!
Biru, Kuning, Ungu dan Hijau.

Skang SB buat promosi tau!
Sape nk dapatkan Shake N Take 3 ni hubungi kami:
Masitah Ab Ghani / 019 9904033
Hazrizal Muhammad / 013 9626064

Setiap pembelian ada ada FREE GIFT juga!
JOM DAPATKAN SEKARANG



PENGASUH PUTRAJAYA TAK BERDAFTAR

  Baca sini :


Pagi ni pengasuh Hadeef bercerita psl lawatan diaorg ni ke umah dia..cuak gak dngor..SB takut ddiaorg suh bhenti jaga budak lagi..manalah lagi SB nk antor dak Hadeef nanti..hukhuk..skali lega sbb dia kata nk gi daftarkan Isnin ni kat JKM..Alhamdulillah..selama ni mmg SB tahu pengasuh dak Hadeef tak berdaftar..x kisah pun sbb dia jaga Hadeef dan budak2 lain elok..mmg bersih umah dia dan dia jaga budak mmg bagus..so far kat mata SB lah kan..Alhamdulillah..malah lagi bagus elok dia jaga daripada hantor kat taska taska sebelum ni..sakit hati!..hahaha

Pagi ni baca berita di kat Metro ni...dlm hati....pengasuh hadeef termasuk ler tuwww..hehe

Elok jg ada pemantauan gitu..yelah JKM nk pantau nk tahu kan..kalau ada kes pepe..atleast pengasuh tu berdaftar..kalau tak bdaftar..lagi parah kan...byk kebaikannnya...

p/s : Beringat sebelum kene pepe..

PENGALAMAN BERHARGA BERSAMA SHAKLEE

Nak kongsi pengalaman berharga saya bersama SHAKLEE
MA YANG DULU BUKANLAH YG SEKARANG


MA YANG DULU
Dulu ma sgt berkira nk beli suplemen..even nk singgah farmasi nk beli Vit C pun berkira..lagi2 lah kalau org promote, lagilah ma tak percaya..pandangan ma Ubat Hospital dah ada..percuma lagi..tak payah bayar..pandangan NEGATIF ma kpd suplemen tersangatlah byk..

Sampai suatu masa ma sakit teruk tak boleh bangun..mkn ubat hospital pun tak jadi apa..plus masa tu anak ma baru 6 bulan, masih menyusukan anak..sedih sbb badan sangat letih..sakit pinggang..sampai ketika,seorang kwan lama memperkenalkan SHAKLEE, setelah wat sedikit research, akhirnya ma beli dan setia amalkan..ALHAMDULILLAH..betul2 berkesan pd diri ma..SYUKUR YA ALLAH

MA YANG SEKARANG
Tapi skang ma sedar..BANYAK duit tapi BADAN tak SIHAT..apa pun tak guna..sejak dari itu, ma nekad mencari suplemen kesihatan.. Alhamdulillah, pelaburan ma berbaloi dan ma mendapat kesihatan yg lebih baik dari dulu..byk perubahan ketara yg saya dapat...
Alhamdulllah, Allah masih memanjangkan umur utk kita bersua, kali ni ma pula ingin sebarkan kebaikan Vitamin Shaklee kpd sahabat2 semua..laburkan sedikit wang gaji utk kesihatan badan kita..tak rugi pun..Insha Allah badan makin sihat...Hati makin tenang..Kini, ma sedikit pun tak berkira utk beli vitamin..sbb ma yakin kalau kita usaha mengubati..Insha Allah Dia pasti akan Bersama kita..

Ma juga dh jd agen utk sebarkan kebaikan SHAKLEE, antara set cadangan yg shaklee tawarkan:
  •   Set Kesihatan Sekeluarga
  •   Set Pelansingan Badan
  •   Set Pertambahan Berat Badan
  •   Set Anti-Penuaan
  •   Set Kesihatan Dalaman Wanita
  •   Set Kesihatan Dalaman Lelaki
  •   Set Kehamilan Set Berpantang
  •   Set Penyusuan Susu Ibu
  •   Set Rawatan Kencing Manis
  •   Set Masalah Penghadaman
  •   Set Kesuburan
  •   Set Hubungan Intim Suami Isteri
  •   Set Kecantikan Kulit
  •   Set Tambah Berat Badan
  •   Set Otak Pintar (untuk pelajar)
  •   Set IQ Kanak-kanak
  •   Set Kesihatan Jantung Set Pencegahan Kanser
  •   Set Migrain / Sakit Kepala



Jadi, jika sahabat2 berminat untuk mendapatkan vitamin-vitamin untuk mempertingkatkan kesihatan tubuh anda dan keluarga, jangan berlengah lagi dan korbankan sedikit duit anda untuk kesihatan yang berpanjangan dan kesenangan dihari kemudian. Tiada istilah rugi jika anda melabur untuk kesihatan!!! Hubungi ma segera ya..Konsultasi terbaik khas untuk anda..teman2 alam maya yg sentiasa menyokong!

FB : Masitah Ghani
Email: manjatrg@gmail.com
 Sms/ Call/Whatsapp : 019 9904033
Pengedar Shaklee kawasan : Putrajaya, Dengkil, Sungai Merab, Bangi, Cyberjaya, Kampung Abu bakar Baginda.