JANGAN MENIPU..


Jangan menipu..

Sebabnya?
1) mak call, suruh balik kampung
.. rindu katanya. kita cakap tak

dapatla mak, banyak kerja minggu ni.
KITA MENIPU MAK sebab sebenarnya
kita ni takde duit.

2) adik SMS, minta topup. kita cakap
gaji belum masuk lagi, padahal duit
dah perabih bayar hutang sana sini.
KITA MENIPU ADIK sebab sebenarnya
kita ni takde duit.

3) isteri minta beli baju baru, kita
cakap tunggu hujung bulan. tup tupp..
baju entah ke mana, janji entah
kemana. KITA MENIPU ISTERI sebab
sebenarnya kita ni takde duit.

4) anak merengek, dah lama tak
berjalan. nak ajak pergi makan kat
MCD. kita cakap okey, nanti papa
bawak. bulan ke bulan, bukan takat
makan kat MCD, lalu depan MCD pun
tak. KITA MENIPU ANAK sebab
sebenarnya kita ni takde duit.

5) terserempak kawan kawan lepak kat
Starbuck, dorang panggil ajak join
sama. kita cakap ada hal urgent yang
perlu di settlekan, nanti kita datang
balik. hm, haremmmm nak datang
balik. KITA MENIPU KAWAN sebab
sebenarnya kita ni takde duit.

Nampak tak point di atas? Betapa
pentingnya D.U.I.T dalam kehidupan
seharian kita? Bila takde duit, MENIPU
je kerjanya.

0 komen: