KATA UZTAZ DON DANIYAL MENGENAI MIMPI



Di pagi Jumaat yg mulia ini..nan indah..redup je..sbb smlm hujan lebat..jd cuaca pagi ni redup mendung aje..Alhamdulillah..masih diberi kesempatan utk bernafas di bumi nan indah ni..

Dah lama menulis camni....kalu dulu zaman sekolah menengah ar terutamanya ..mmg sajak puisi , madah mmg dlm tanga ar...x penah kering idea...kini..setelah dkat 10 tahun x asah bakat..dah tumpul dah..sekali skala aje menulis camtu..huhu..entah kenapa..sbb mls dah kut!! haha..

Saje je nk ulas apa yg Uztaz Don ckp..tatau ar Uztaz sendiri yg tweet ke atau pembantu dia..tp ada kebenarankah kata2 itu?

  • Sebenarnya mimpi berupa petunjuk atau panduan kepada manusia untuk sesuatu perkara sama ada akan berlaku atau sedang berlaku, dan boleh jadi sesuatu yang sudah berlaku. Dan tafsir mimpi untuk sestiap orang sebenarnya tidak sama. Benar. Memang tidak sama.
  • Adakah boleh diramalkan bahawa mimpi dipatuk ular bermaksud akan menerima jodoh atau didekati oleh seseorang? Atau mimpi tercabut gigi atau gigi yang longgar boleh ditafsirkan sebagai mimpi buruk bahawa ada seseorang dalam keluarga kita sedang sakit atau akan berlaku kematian dalam kalangan ahli keluarga kita? Tidak. Tentu tidak kerana tafsir mimpi hanya boleh ditafsir oleh orang atau individu yang mahir dan faham akan tafsir mimpi sahaja, atau alim ulamak, dan bukan hanya melalui panduan di buku-buku ataupun di internet.
  • Hakikat bahawa setiap individu itu adalah berbeza-beza dari segi zahir mahupun batin. Sebab itu kadangkala kita pernah melihat ada individu yang mampu menembusi alam lain dengan cara yang mudah, dan ada juga dengan cara yang susah. Ada juga yang mudah didampingi dan diganggu oleh makhluk berupa jin atau syaitan dan ada juga yang sukar didampingi oleh makhluk lain. Atau kita boleh beri satu contoh yang sangat mudah...kucing...
  • Perhatikan di mana-mana kedai makan (contoh) yang mempunyai kucing. Perhatikan adakah kucing tersebut datang kepada kita atau orang lain? Ia berupa daya tarikan yang hanya boleh dirasai oleh haiwan kesayangan  Nabi S.A.W ini. Diyakini bahawa jika kucing tersebut suka mendekati individu tersebut bermakna individu tersebut adalah orang yang baik-baik, kerana haiwan seperti kucing ini mempunyai deria rasa yang begitu tajam dan tepat. Wallahualam.
  • Begitu juga dengan mimpi, tak semua mimpi itu benar. Boleh jadi ia cuma mainan tidur atau mainan Iblis untuk menyesatkan anak Adam dengan mempercayai satu mimpi. Lama-kelamaan kita lebih mempercayai mimpi dari mempercayai takdir.

Wallahualam...Salam Jumaat!!

1 komen:

hazlina azmi said...

ada orang cakap mimpi itu mainan tido....:)

blogwalking....feel free to visit blog saya pulak dan be my followers ya..http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/