AL-FATIHAH..BERHATI2 DIJALANRAYA

Selepas 8 minit kemalangan, SB ada terima gambar kemalangan adik syafiq, pelapis lumba basikal terengganu kat FB..sedih sayu tgk arwah diangkat ke tepi jln manakala basikalnya hancur remuk..Dikhabarkan Arwah masih lg bernyawa ketika itu, perut sebelah kanan arwah pecah, terkeluar usus..diangkat dan dibawa ke HSNZ, tapi beliau telah meninggal dunia..Al-Fatihah buat Arwah..

gambar ehsan google

Tgk gambar kemalangan, teringat kemalangan yg membabitkan Arwah Ayah SB..tapi Ayah SB kemalangan motorsikal..samalah juga kemalangan dengan treler..Dikhabarkan juga Arwah Syafiq pun nak cepat2 bangun slps jatuh tp tak sempat, dia digilis dulu oleh treler tersebut...Sama keadaannya dgn Arwah Ayah SB, org kg situ bercerita kat family SB, katanya arwah mmg nk bangun slps jatuh ketengah jln tu, tp treler tu x sempat brek, mmg betul pon, kalau treler ke bas ke kenderaan berat ni guna brek angin, takleh bhenti mengejut.

Al- Fatihah buat Arwah Ayah dan adik Syafiq ni..muda lagi baru 15 tahun
Ajal dimana2..bersedialah..

Isnin dan selasa lps baru mimpi Arwah Ayah..lama x mimpi dia..dia senyum aje x cakap pepe, blum sempat SB buka mulut nk bcakap ngan dai..tup!! dah tkejut dr tido..

0 komen: