BUDAK PEREMPUAN 6 TAHUN DILARIKAN

Kuala Lumpur: Menyedari seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun tidur dalam kereta yang dilarikan mereka, sekumpulan tiga penyamun bukan saja meninggalkan kenderaan itu sebaliknya turut memaklumkannya kepada pihak berkuasa.

Dalam kejadian jam 11.50 malam kelmarin, 3 penjenayah berusia 30-an itu dilapor melarikan kenderaan Honda Accord yang ditinggalkan pasangan suami isteri di hadapan taskan di Taman Kosas, Ampang.

Namun, kumpulan penjenayah terbabit meninggalkan semula kereta itu di hadapan restoran di Jalan Genting Klang, di sini, sejam kemudian sebaik menyedari ada kanak-kanak di dalam kenderaan berkenaan.

Menurut sumber, selain meninggalkan kenderaan itu, seorang daripada penjenayah dipercayai menyamar orang awam menghubungi polis mendakwa menemui kenderaan dalam keadaan mencurigakan.

“Lelaki yang menghubungi polis itu memberitahu tempat penemuan kenderaan itu sebelum mematikan talian dan sehingga kini, lelaki itu belum ditemui,” katanya.

Katanya, dia percaya tindakan kumpulan penjenayah itu berbuat demikian adalah kerana kasihan kepada kanak-kanak terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan daripada peniaga komputer berusia 34 tahun mendakwa kereta miliknya yang ditinggalkan di hadapan taska di Taman Kosas, Ampang, dilarikan seorang lelaki.

Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa dan isterinya turun dari kenderaan mengambil seorang lagi anak mereka di taska itu.

“Pasangan itu tidak mematikan enjin kenderaan. Kami mengesan kereta itu dan kanak-kanak terbabit ditemui selamat,” katanya.


Artikel ini disiarkan Harian Metro pada : 2013/03/25


Bila korang baca berita ni kan..apa yg korang pikir..SB rasa geram sgt kt mak bapak kanak-kanak 6 tahun  tu..dah kalau gi amik sorang lg anak kt taska..sorang dahle gi amik..yg sorang tunggu ler kat kereta..dah anak tgh tidur kan..yg gi berdua-duaan masuk ke taska tu nape? kalau anak lain xde dlm kete xpelah..tp pikirlah wahai mak pak weh..tak amik iktibar diaorg nih..dah macam2 kejadian sblum ni berlaku kan..


Itu nasib pencuri tu baik hati gakle tingglkn anak dan kereta dia walaupun tinggal kt tepi jalan..mungkin dia ada anak kecil juga tuh..sbb tu perasaaan keibubapaan dia tebal..nak nak kalau dia ni jenis hati kebal jahat kejam, dicampakknya anak ko merata semata2 nk curi kereta ko ke, itu dicampak, kalau jadi cam adik Dirang tu, rogol, bunuh, bakar?? haihh..menangis tak berlagu la korang!!


SB tulis ni pun sekadar peringatan utk org lain dan diri sendiri juga!!
hulala..emo di pagi Isnin baca berita cam gini..


0 komen: