Bayi dilahirkan sangat bijak!!

Sebenarnya semua anak-anak kecil malah bayi yang baru saja dilahirkan sebenarnya sudah GENIUS. Betul ke? Bercakap pun belum pandai, poo-poo pun masih dalam lampin, genius macam mana pulak? Ok mari kita lihat fakta.
Mengikut kajian sains ke atas umur kanak-kanak 0-3 tahun  :-
  • semasa bayi dilahirkan, mereka telah mempunyai 100 billion sel otak
  • otak mereka adalah 250% lebih aktif berbanding dengan otak orang dewasa.
  • otak mereka membentuk 1000 trillion sinaps (hubungan) menjelang usianya 3 tahun iaitu 2 kali ganda lebih banyak berbanding orang dewasa
  • mampu menghasilkan sinaps (hubungan) lebih pantas pada tahun pertama berbanding tahun-tahun yang lain.
Untuk lebih memahami mari lihat pula diagram dibawah :-
Synaps Dalam Otak Kanak-kanak 0-3 Tahun
Diagram di atas menunjukkan kepadatan synaps (jaringan atau hubungan) yang terhasil dalam otak kanak-kanak adalah lebih tinggi berbanding seorang dewasa.
Apa pula synaps ni ?  Synaps adalah jaringan yang terbentuk apabila sel-sel otak yang dikenali sebagai neuron di hubungkan dengan neuron yang lain dalam otak. Synaps inilah yang berperanan penting untuk perkembangan otak kanak-kanak yang membawa kepada perkembangan mental dan fizikal mereka. Jika neuron-neuron ini tidak dihubungkaitkan atau jarang digunakan lama kelamaan ia akan hilang begitu sahaja. Sebaliknya,jaringan synaps yang digunakan berulang kali akan menjadi kekal. Bagaimana untuk mencetuskan synaps dan menjadikannya kekal ? Jawapan adalah melalui  stimulasi yang konsisten.
Jadi pada umur ini 0-3 tahun, lakukan apasaja aktiviti bersama mereka. Rangsangkan otak mereka untuk mencipta lebih banyak jaringan. Kerapkan bercakap-cakap dengan mereka, bermain, bercerita atau apa saja aktiviti yang menyeronokkan untuk anda dan sicomel. Ajarlah mereka apa saja yang anda inginkan, anda pasti surprise dengan kehebatan mereka. Percayalah anak kita pun boleh jadi genius macam mereka diluar sana.

0 komen: