Muhasabah Diri...


 Speechless..terkedu…

SB terlambat tahu psl cerita ni..but Alhamdulillah Allah bukakan hati SB sejak last week blogwalking dan terjumpa story psl pengorbanan suami menjaga isterinya yg sakit..sangat menyentuh hati..berkali-kali airmata SB mengalir..ianya spontan…bila baca aje sebak dan terharu..mula terbayangkan Hadeef..

SB juga nak kongsikan dgn kawan2 SB pasal NORMA TALIB ni…perjalanan kehidupan mereka slps kawin sehingga ke hujung nyawa NORMA tlh diceritakan oleh birasnya..MOON dalam blognya..

Kalau nak tahu rentetan kisahya dgn lebih lanjut..sila lawati:-

SB terharu dan kagum ngan pengorbanan TALIB seorang suami yg begitu tabah dan kuat dlm menghadapi penyakit isterinya..seorang suami yg tidak berputus asa utk melihat isterinya sembuh semula sprit sediakala..NORMA TALIB sgt2 bertuah krn dikelilingi oleh insan2 yg amat menyayangi mereka..ARWAH NORMA bertuah krn mempunyai keluarga mertua yg sgt baik..keluarga TALIB treat NORMA mcm anak, adik beradik sendri..bertuah ARWAH NORMA..dan sesungguhnya NORMA telah pergi dgn tenang…dan TALIB adalah insan yg paling tabah..menghadapi kematian isterinya yg tercinta dan berazam membina hidup baru demi AMANAH yang ditinggalkan NORMA..iaitu RAFIQ…

Mengalir lagi airmata ini tatkala menaip bila terkenangkan RAFIQ..anak kecil yg seakan-akan mengerti yg ibunya sedang bertarung dgn penyakit…menjadi anak yg baik dan senang dijaga sejak dilahirkan..Paling menebak hati SB adalah RAFIQ sampai ke akhir hayat ibunya tidak dapat merasa walau setitik pun susu ibunya…sakit NORMA bertambah teruk selepas melahirkan RAFIQ..Alhamdulilah Allah permudahkan Norma melahirkan RAFIQ..NORMA start sakit sejak mengandung 7 bulan..hebat sungguh dugaan yg ALLAH kurniakan buat NORMA TALIB RAFIQ sekeluarga…bacalah kisahnya di blog KAK MOON utk mengetahui lebih lanjut..

Semalam…duduk bersantai tgk tv bersama Mr.LP dan sayang Hadeef..ada beritahu Mr.LP pasal kisah NORMA TALIB ni..asalnya SB nak beritahu dari awal sampai akhir storynya kat LP..tp SB jadi terkedu…SB takut SB x dpt nk tahan airmata bila start cerita..malu nk nangis dpn LP..eehheh..so, SB hanya cerita secara ringkas aje..SB tahu LP dah perasan tp cpt2 SB tukar cerita lain supaya tak nampak SB touchim2..dan SB peluk cium Hadeef sbb SB bersyukur krn Hadeef masih sempat merasa susu ibunya sendiri..ada rezeki susu ibu buat Hadeef..tapi RAFIQ….(sebak lagi….) kesian RAFIQ…tapi SB rasa bersyukur krn Allah mengurniakn RAFIQ buat NORMA TALIB…biarpun NORMA tiada lagi..tp ALLAH kurniakan RAFIQ supaya dia dapat mendoakan ibunya kelak…supaya dia menjadi anak yg soleh..supaya dpt menjadi KENANGAN YG TERINDAH buat NORMA TALIB…

Dan begitulah juga harapan buat MUHAMMAD HARIZ HADEEF BIN HAZRIZAL…jika suatu hari..esok lusa…abah dan ibu tiada lagi…doakanlah kami di SANA…doakanlah kami sejahtera di sana yer..semoga Hadeef juga menjadi anak yg soleh..menjadi pemimpin yang RIJAL dan menjadi contoh buat adik2mu..INSYAALLAH…


MUHASABAH DIRI...selagi masih bernyawa...hargai diri dan keluarga...sayangi mereka sementara masih ada...


0 komen: