KOMUNIKASI DGN BABY

SB nak sharing teknik komunikasi ngan anak, penulisnya juga izinkan untuk share moga2 berguna untuk parents diluar sana!!! kebanyakkan teknik SB praktikkan pada Hadeef

1. Luangkan masa 'one-one-one' dengan bayi anda

--> Cari masa untuk bermain dan berkomunikasi dengan bayi anda terutama semasa bayi dalam keadaan senyap kerana waktu ini lah bayi sebenarnya mahu meneroka persekitaran. Tetapi ramai yang tersalah menggunakan masa ini untuk berehat, mandi atau melakukan kerja sendiri.

2. Menyanyi kepada bayi anda

--> Suara ibu sangat menenangkan bayi dan bantu bina hubungan antara ibu dan anak. Jadi menyanyi atau bercakaplah dengan bayi anda.

3. Menari lagu kegemaran anda dengan bayi anda

--> Ini membantu membina hubungan dan saling kepercayaan antara anda dan bayi.

4. Ajuk bunyi dan suara yang bayi anda lontarkan

--> Setiap kali anda berkomunikasi dengan bayi, anda merangsang derianya. Dengan mengajuk komunikasi bayi anda, anda memberikan signal bahawa kasih sayang dan perhatian anda adalah untuknya.

5. Ketawa dan bermainlah dengan bayi anda

--> Ini penting untuk merangsang deria bayi dan menggalakkan komunikasi 2 hala.

6. Tenangkan bayi anda dengan sentuhan

--> Sentuhan fizikal membantu meningkatkan kesihatan, membantu bayi merasa selamat dan mewujudkan kepercayaan bayi kepada anda.

7. Sentiasa 'mata-ke-mata' dengan bayi anda

--> Melihat, menyentuh muka anda dan merenung mata anda amat penting dalam perkembangan bayi kerana ia membantu bayi anda membina kepercayaan kepada persekitarannya.

8. Bercakap dan membaca dengan bayi anda

--> Sentiasa mendengar suara anda membantu komunikasi nya di kemudian hari.

9. Sentiasa peluk dan pegang bayi anda rapat dengan anda

--> Biarkan bayi anda merasakan degupan jantung anda, rasakan kehangatan anda dan menyentuh bayi anda. Ini semua menenangkannya dan membantu tumbesarannya.

10. Sentiasa berikan rangsangan positif kepada bayi anda

--> Setiap sentuhan anda adalah rangsangan positif kepada bayi anda yang amat bermakna untuk tumbesaran bayi anda.

0 komen: