ANAK & PENGORBANAN

Sebut pasal anak, mesti ibu2 diluar sana sanggup melakukan apa saja asalkn anak2 bahagia kan..segala penat lelah, wang ringgit sanggup dihabiskan..begitu besar pengorbanan ibu bapa kan..sejak SB jadik ibu nih..SB lagi memahami perasaan dan impian seorang ibu dan ayah..sangat besar pengertian menjadi ibubapa ni..SB bersyukur dan bertuah kerana dapat pengalaman ini..

Malam tadi..actually pagi tadi Hadeef tido lambat..kul 2pg baru leh tido..x nak tido sgt..sbb rindukan buai dia kat umah pengasuh kut..puas kami suami isteri dodoikn..Hadeef skang dah tido berbuai sbb dia jenis nak kene tunggu sampai tido dan bila menangis volumenya mmg amatlah tinggi..dah nk membesar kan..kesianlah kat pengasuh nk tunggu dia aje..pengasuh pun ada keje umah gak nak buat..so, SB belilah buai untuk dia..SB x kisah sbb pengasuh dia tersangatlah baik hati, sanggup tunggu Hadeef,siap minta maaf bebanyak minta itu ini..SB pun rela sbb SB nak sgt dia jagakan Hadeef,itupun dia taknk jaga tp SB pohon ngan dia..so, dia kesiankan SB dia setuju jagakan..SB tak kisah..sbb dari pemerhatian SB dia jaga bby mcm anak sendiri..bersyukur jumpa dia..ada hikmahnya setelah kejadian2 di taska bulan lepas..


SB akui kekadang SB tension bila Hadeef menangis serba tak kena..kdg bila kita mengantuk yg amat sangat..temper tu kdg naik gak..tp xdelah lps perasaan kat Hadeef..Cuma mengeluh ajelah..tp Alhamdulillah kebanyakkan masa SB bersabar..SB tgk LP pun bersabar layan Hadeef..ada juga bila SB penat..SB tinggalkn kat LP pujuk Hadeef..alhamdulillah LP juga penyabar..


Bila dipikir balik mmg indah dugaan ada anak ni..sangat2 indah..sbb tu SB xnk mengeluh kalau Hadeef macam2..sbb SB pernah terbaca yg menyatakan bila anak meragam maknanya ALLAH NAK HAPUSKAN DOSA IBU BAPA dengan kesabaran ibu bapa memujuk anak2 mereka..masyaAllah..Allah itu Maha Besar..Syukur padaMu Ya Allah..


Dan SB ada juga baca ni...buat SB insaf..


Dipetik dari blog Redmummy: (tq very much RM)

  • Bi Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malamm.. mengantuk.. etc… That might be the last night that he/she does that.
  • Bila anak mintak mainan atau sesuatu, kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.
  • Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang… That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.
  • Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang… That might be the last food that he/she eats.
  • Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.


Kata RM :”Sejujurnya, setiap masa hargailah anak2 kita……Kita tak tau bila kita atau dia yang akan “pergi” dulu.

Subhanallah..kata2 RM ni buat SB bersyukur sgt2..lepas ni SB akan lebih2 menghargai anak..dan xnk mengeluh langsung!!!

Terima kasih Ya Allah..

0 komen: