RESIPI AYAM MASAK BERCILI

Terlupa SB nk tepek resipi ayam masak bercili yg SB buat tempoh hari, ni resipinya..

Bahan-bahan :

6 ketul ayam
1 labu bawang besar - dikisar (*)
5 ulas bawang putih - dikisar (*)
Cili kering dikisar @ Cili boh
1/2 cawan kicap manis
4 sudu besar gula
2 sudu besar air asam jawa
Rempah tumis secukupnya - bunga lawang, cengkih, kayu manis, dll
Minyak untuk menumis
Sedikit Kacang panjang

Cara-cara :

1. Panaskan minyak dan tumis bahan bertanda (*) bersama dengan rempah tumis hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga terbit minyak.
3. Masukkan kicap dan gula. Kacau hingga sebati dan mendidih.
4. Masukkan air asam dan kacau lagi.
5. Masukkan ayam dan gaul hingga kuah sebati dengan ayam.
6. Akhir sekali masukkan potongan bawang besar dan kacang panjang ,kacau hingga bawang layu sedikit.
7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Nyum nyum..

0 komen: