PUDING PELANGI

Minggu kedua puasa yg lepas abg LP ajak berbuka puasa kt umah dia..besh.yer.tapi pala SB ni duk ligat dah nk masak apa ekk bawak gi sana..x besh gi sana dgn tangan kosong..cam tahun lps yg SB igt SB wat daging masak kicap yg dagingnya keras ckit+kerabu sotong..tp memandangkn tahun ni SB x larat nk duk dapur SB memikirkan makanan yg ringkas jelah, LP suh beli kt pasar ramadhan aje..tp teringat resipi puding pelangi, ringkas aje rasanya, so SB pun decide wat PUDING PELANGI..dan inilah hasilnya...walaupun x ckup kolor pelangi tu, tp nk panggil gak puding pelangi..tak kira..ahahha..


Ni SB tepek resipinya kat cini:-



Bahan-Bahan:



Telur 3 Biji
3 Sudu Tepung Kastard
Gula 10 Sudu
1/2 Buttercup
2 Sudu Esen Vanilla
Sebungkus agar-agar kering
7 Cawan Air
1/2 Cawan Susu Cair
2 Sudu susu pekat (jika suka)
3 Keping roti (buang tepi)

Cara:
Masak agar-agar dengan air dan gula
tambahkan susu pekat, tunggu sampai agar-agar hancur
Sementara menunggu, pukul semua bahan2 yg dinyatakan dimulakan dgn memukul telur
Setelah siap, masukkan bahan2 y dipukul ke dalam agar2 tadi, kacau sebati
Kemudian bahagikan adunan kepada 3 bahagian atau jika suka lebih, tambahkan pewarna makanan ke dalam adunan tersebut.
Akhir sekali, tuang kedalam bekas secara berselang seli dimulakan dengan bahagian tengah bekas, buat sampai mhabis
Sedia utk disejukkan.

0 komen: