ANAK KECIL YG COMEL

credit to ohbulan.com

sambil cari2 info kat tenet, terjumpa gambar baby comey nih...rupa-rupanya ni anak si jimmy shanley tu..cute kan..namanya Zahrah Shanley..serius cuter gilerr..dan ada iras rupa jimmy..sgt tomey..

Alhamdulillah..dah boleh masak

entry yg lepas2 SB ada mengomel pasal xleh masak kan..sekarang SB heppi sangat sbb dah boleh start masak..yeppi..dan org yg paling syukee adalah LP lah..dan bermula kpala SB ni duk mikir nk masak apa..nk masak apa..seronoknye rasa..dapat masak utk sang suami tersayang...dah start masak goreng2, masak sambal..dan masa tgh menaip ni SB terkulat2 telan air liur sbb teringin sgt nk mkn ayam masak kicap..rindu sangat kat masakan Ayam masak kicap yg kitaorg slalu mkn kt kedai Kak Tie kat kolej kita dulu..kan kan Mr. LP..behnya..sampai menjilat jari...dan menu tu mmg jadik feberet SB..sampaikan duk dlm kuliah boleh sms kak tie suh simpankan lauk tu takut abis..sbb bdak2 lain pun suka lauk tuh...uih syedapnya bila terbayang lauk tuh...rindunya nk gi kolej..semata2 nk mkn tuh..tapi tak tahulah skang kak tie berniaga situ lg tak..herm..takpelah sbb nk mkn jauh sgt sampai ke kolej tu x dapat kan, jadik SB igt SB nk masak sendrik la ayam masak kicap tu..tapi konfem x sama cam yg dijual kat kolej dulu..ayam dah ada..maybe wiken ni minggu betul2 sbelum bulan puasa SB akan masak2 kt umah..x sabar nk tunggu wiken ni..knapa wiken??sbb kalau nk masak weekdays x sempat, balik opis dah penat..boleh aje sbenarnya..tp ntahla alasan je kut...tgk dululah..kalau jadik SB akan tepek resipi kat sini ekk...TUNGGUUU....eeheh..tapi nk tepek dulu gambar ayam masak kicap yg ala2 cam kedai kaktie jula dulu..slurppp syedapnyaa..
credit to google..

CITER BALIK KAMPUNG

Xde masa nk terus update pasal balik kg aritu, ekcelly SB ngan LP balik kg awal bulan aritu, ada kenduri kawin cousin pada 1 julai, tp x sempat pun nk merasa suasana kenduri sbb sampai lambt kt kg, dpt mkn nasi minyak yg mak tapaukan aje dari kenduri..takpe sbb matlamat utama balik kampung adalah nk jumpa family.Balik makan kenduri hanyalah alasan semata..hihi..balik kampung kali ni tersangatlah tidak puas hati..masa amat terhad duduk di kampung..yelah Mr. LP pun cuti 2 hari aje..dia xleh cuti bebanyak..simpan tuk SB bersalin nnt dan mmg opis dia tgh kasi kouta utk cuti..huhu..kalau ikutlkan hati SB nk aje cuti seminggu...SB ngan LP bertolak balik hari sabtu pagi..singgah umah kak ngah SB kat kemaman jap, sampai kuala terengganu dalam kul 4 petang gitu..adush..tersangatlah letih dan penat..yelah SB kan ngah peknen nih..lama giler rasa perjalanan..sakit pinggang SB...sesampai mandi solat, terus gi umah cousin SB tu, gi sana cousing baru aje kuar, maklumlah pengantin baru..gi amik angin kuar jenjalan kut..xpelah asalkan SB dah sampai dan kasi hadiah kirim kt maksu SB..herm..then balik rehat...LP pun tido awal sbb penat drive..SB mcm biasala amik masa ni sembang2 ngan mak..maklumlah dah lama x balik kg..pagi ahad bangun pepagi..SB, LP ngan mak gi kubur Arwah Ayah..bersihkan..baca Yassin kt kubur Arwah..SB tgk kawasan tanah perkuburan ini belum dibersihkan dengan sempurna, hopefully nk menyambut Ramadhan ni, adalah aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan seperti selalunya..kubur Arwah Ayah masih lg bersih, kesan adik SB bersihkan ngan adik nazri aritu..cuma keadaan sekeliling la tumbuh lalang tinggi..biasalah kubur kt kampung ni mcm ginilah..kalau kt area bandar setiap bulan dijaga...kt kampung ni guna khidmat sukarela..kalau ada volunteer,bersihlah kawasan tu..kalau takde..alamat berlalanglah..herm.. tapi SB tetap lega dan puas hati sbb dapat jenguk kubur Arwah disamping slalu sedekahkan Yassin untuknya..Rindu sangat sebenarnya kat Ayah..

owhh lupa nk citer, mlm sblum tu, mak SB buat ikan dan sotong celup tepung..beshnya..sampailah hajat SB nk mkn ikan celup tepung..asalnya nk ajak mak gi mkn2 kt tepi pantai..tapi mak SB kata mkn kt sana mahal dan xleh mkn banyak..so, mak kata biar dia aje gorengkan...wah..marvelous...besh besh..mlm tu kami mkn byk ngat ikan dan sotong celup tepung..yummy!!!
kat bawah ni adalah KEMBANG, kucing yg jadik peneman mak kt umah skang..kalau adik xde kt umah, dialah yg selalu gaduh2 manja ngan mak, kejar2 kaki mak..manja sangat dia..dan baik..patutla mak sayang kt dia..hihi..KEMBANG adalah anak kepada IBU KEMBANG..IBU KEMBANG dah jarang2 balik umah, gi main2 kt umah org..nasib dia tinggalkan anak dia wat peneman mak kt umah..
petang ahad tu juga kami bertolak balik ke Kelantan pula..yelah dah balik pantai timur kenelah balik kedua2 kg...asalkan dpt jenguk org tua pun jadilah..kat Kelantan pun besh dapat mkn nasi kerabu sedap+murah ngan mkn durian dari kebuh abah banyak2..SB mkn banyak giler durian, ntah apalah baby dalm peyut nih rasa..dalam 6 biji abah kopekkan..adalah dlm 1 1/2 biji SB telan..sangat puas hati..sedap sangat..x mcm durian kt cini..isi kuning...wuih...syedap tak terkata...baby pun suka kut sbb baby x meragam pun..mungkin sbb tahu ibunya mmg dah lama nk mkn banyak mcm nih..eheheh..layan picture mkn durian nih...nyum nyum
duk kelate lama ckit aje, yelah kasik can kt LP sbb nnt SB pun nk balik berpantang di kampung SB..bagilah can kt LP nk bermanja ngan mak abah dia..hihi..tghari selasa baru kami bertolak balik ke sini...sampai cini dalam kul 9 mlm..LP saje bawak slow2 sbb jln Gua Musang- Raub kan x berapa cantik..LP mmg sayangkan kete dia..xleh berdentum dentam langgar lubang aje dah bising..lagipun memikirkan SB peknen kan..sayang LP..

tamatlah catatan balik kampung SB...mmg x puas balik kg..tapi lebih baik daripada x balik lgsung kan...ihihihihi..tapi SB pulang dgn bawak sakit pinggang akibat terlalu lama duk dlm kete..tapi alhamdulillah dah beransur baik dan baby pun ok..alhamdulillah...

Petua Orang Dulu2...

Saje SB nk tepek cini, tergoogle dan terjumpa petua ni, bolehla dikongsikan bersama..sambil tu SB tepek sini supaya lenkali SB boleh jenguk dan baca kalau dah lupa..Sebab kalau dah salin ke buku note ntah kemana-mana perginya nnt..hihi

Petua Mendapat Anak
Petua 1
Hancurkan hempedu arnab bersama madu dan air didih nasi lalu diminum oleh perempuan yang sudah berumahtangga tetapi sukar mendapat anak. InsyaAllah akan mengandung.
Petua 2
Cubalah mengatasi kemandulan dengan berusaha makan taugeh mentah setiap hari dan seminggu sekali rojak nanas. Lakukan sehingga sekitar lima bulan.
Petua 3
Bacakan Al-Fatihah 41 kali di antara sembahyang sunat dan fardunya selama 40 hari berturut-turut dengan tiada lebih atau kurang.

Petua Anak Berkulit Putih dan Bersih
Dari bulan pertama anda mengandung, amalkan meminum air kacang soya buatan sendiri atau dibeli. Minum setiap pagi, petang dan pada bila-bila masa yang anda suka. Setelah masuk bulan ke-9, amalkan meminum air kelapa muda setiap minggu. InsyaAllah anak yang bakal lahir kelak akan memiliki kulit yang putih dan bersih.

Menghilang Loya Ibu Hamil
Ambil segenggam daun kari. Kisar menjadi jus. Campur jus tersebut dengan limau nipis dan satu the gula. Minum setiap pagi. InsyaAllah rasa loya tekak akan hilang.

Menaikkan Seri Wajah Selepas Bersalin
Petua 1
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam.
Petua 2
Ibu yang baru melahirkan anak, biasanya berwajah pucat dan lesu. Untuk kembali menaikkan seri wajah, amalkan petua ini:
Ambil secawan beras, bersihkan dan kisar (jangan terlalu halus). Kemudian ambil sebuku kunyit hidup, kikis kulitnya, basuh dan kisar (atau parut). Bancuhkan beras halus dan kunyit tadi dengan air suam untuk dijadikan bedak sejuk yang agak pekat. Cuci muka anda dengan air bersih setiap hari dan kemudian sapukan bedak sejuk itu ke muka secara perlahan-lahan. Gosokkan juga bedak ke bahagian leher dan biarkan ia kering sendiri. Amalkan selama tiga malam berturut-turut, Insya Allah berhasil menaikkan kembali seri wajah anda.
Petua 3
Ambil segenggam daun inai dan tumbuk hingga halus. Selepas itu gentel kecil-kecil lebih kurang seperti kepala mancis dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila sejuk, makanlah sebiji sehari selepas sarapan.Amalkan sehingga nampak hasilnya.

Mengecutkan Rahim Selepas Bersalin
Petua 1
Rendamkan beberapa helai daun penggaga bersama akarnya dengan air suam kemudiannya ditapis dan airnya diminum. Sebelum tidur lakukan pengecutan (kemut) sebanyak 20x. InsyaAllah rahim anda mengecut dan seperti sedia kala. Elakkan memakan nanas.
Petua 2
Rebuskan halia tua dengan gula merah, kulit kayu manis, jintan manis dan daun pandan. Minumlah air rebusan ini beberapa kali sehari. Petua ini dapat membuang angin, melawaskan buang air besar dan mengecutkan rahim.
Petua 3
Selepas bersalin dinasihatkan meminum air kunyit muda ditumbuk bersama putih telur mentah.Minumlah selama 3 hari berturut-turut. Ia dapat mengecutkan rahim/ peranakan anda ke tempat asal.

Menghapus Urat Timbul Selepas Bersalin
Petua 1
Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.
Petua 2
Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air hingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam. Apabila tidur letakkan kaki di atas bantal.
Petua 3
Campur sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.
Petua 4
Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buat senaman angkat kaki 10 minit sebelum tidur.

Air Susu Berlebihan
Ambil 2 helai daun kubis yang melengkung seperti mangkuk kecil.Tekapkan di kedua-dua belah payudara dan biarkan selama lebih kurang satu hingga satu setengah jam. Tukarkan daun baru jika perlu. Lakukan sehingga air susu berkurangan.

Memudahkan Bersalin
Apabila terasa mahu bersalin, segera merebus telur ayam separuh masak dan makan bersama Milo, susu tepung atau air susu. Petua ini untuk memudahkan proses bersalin tanpa kesakitan yang amat sangat.

Menyembuhkan Luka Pada Rahim
Selepas melahirkan anak biasanya orang perempuan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh dan mengembalikan kecergasan semula. Selain amalan memakan ikan haruan untuk cepat menyembuhkan luka -luka dalaman terdapat satu kaedah yang sangat bagus untuk menyembuhkan luka- luka pada rahim dan kebersihan anggota sulit wanita tersebut, iaitu dengan menggunakan madu lebah (asli sahaja). Disamping meminumnya, ambil madu lebah dan dioleskan pada lampin/pad wanita dan pakai seperti biasa, lakukan pada setiap kali menukar nya. Insya'allah dalam masa 2 hingga 3 minggu sahaja boleh sembuh sepenuhnya.

Kembalikan Selera Makan Ibu Hamil
Bagi sesetengah ibu hamil di awal bulan (1-3 bulan) kadangkala amat menyeksakan seperti tiada selera makan.Untuk mengembalikan selera makan yang hilang itu, ambil 3 hingga 4 ketol lempoyang, buang kulitnya dan tumbukbersama sedikit ikan bilis (seperti sambal belacan). Kemudian dimakan bersama nasi yg hangat / sederhana. InsyaAllah ia amat berkesan.

marilah sama-sama amalkan jika mahu...thanks to http://www.geocities.com/azdriana9/petuawomen.html

6 Bulan

Diam tak diam dah 24 minggu usia anak ibu dalam kandungan ni..bermakna dah 6 bulan dah..kejap jek masa berlalu..SB rasa baru aje melalui fasa alahan yang teruk, tak mkn dgn sempurna, tidur tak lena..duduk serba tak kena..alhamdulillah SB semakin sihat skang..semakin semangat membawa anak kecik tomey dlm peyut nih..semakin gagah menjamah apa jua mknan..cuma satu aje lg alahan yg tak hilang..SB masih xleh masak lagi..tak sabar nk masak utk LP..tak tahu apa rasanya nnt ye..hihi..beberapa minggu lg dah nk masuk bulan puasa..SB berdoa agar SB berupaya dan sihat menjalani ibadah puasa dgn penuh..aminn..
2 minggu lps SB dgn ditemani LP gi klinik panel scan keadaan baby..alhamdulillah..doc cakap anak SB sihat dan aktif, masa tgh scan pun sempat lg dia kick kick peyut SB nih..hihi..tergelak aje kami..selain nk tahu baby progress, kami pun nk tahu jantina baby..senang ckit nk beli brg2..walaupun kami dah ada beli ckit2..ehehe..layan gambar baby SB dan LP nih..