19 Minggu


Anak ibu dah 19 minggu harini..yeay cepatnya masa berlalu..masa duk taip entry nih..anak ibu ada kicking dah ckit2..ibu dpt rasa..

Perkembangan anak ibu minggu ke 19

Bahagian atas uterus anda sudah mencecah pusat anda dan uterus akan membesar lebih kurang satu sentimeter per minggu. Ukuran fetus sekitar 6 inci / 15 sentimeter panjang dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 9 auns / 240 gram.

Dia sudah mula menelan cecair amnion dan ginjalnya terus mengeluarkan kencing. Rambut atas kepala sudah mula tumbuh.
Lihatlah!Perkembangan deria memuncak pada minggu ini. Sel-sel saraf yang bekerja untuk setiap deria - rasa, bau, dengar, lihat dan sentuh - sedang berkembang di ruang-ruang khusus di dalam otak. Penghasilan sel-sel saraf menjadi lebih perlahan apabila sel-sel saraf yang sedia ada menjadi besar dan membuat hubungan-hubungan yang lebih kompleks. Jika kandungan anda itu perempuan, dia sudahpun memiliki sekitar enam juta telur dalam ovari. Menjelang kelahiran, dia akan memiliki satu juta.

Anda akan merasakan tendangan dan pergerakan tunggang terbalik bayi anda yang kian membesar. Ada masa-masanya, dia terlalu banyak bergerak sehinggakan anda tidak dapat tidur. Sepuluh minggu ke hadapan ini merupakan masa paling sibuk dan aktif bagi bayi anda, tetapi ini akan berkurangan apabila rahim menjadi terlalu sempit.

0 komen: