18 Minggu

Sedar tak sedar harini dah 18 minggu dah anak ibu duk golek2 dalam peyut ibu nih..skang ni ibu dah mula rasa ada pergerakan dalam perut nih..ada mende gerak2..hihi..seronok..ibu skang ni rajin meng'google' hal-hal berkaitan pregant nih..macam2 ibu baca..ada satu blog ibu baca pasal pengalaman seorg bakal ibu nih, dia x merasa pergerakan bby dia..sampai saat ni..ibu selalu tunggu anak ibu ni gerak2..ibu takut..ibu takut ibu akan jadik mcm ibu itu..yg ttiba kehilangan ank dia..anak dia mati dalam kandungan..ibu tumpang sedih..dan ibu selalu doakan agar anak ibu sihat sehingga dilahirkan..dan membesar jadik anak yg soleh & solehah..

Seronok baca perkembangan anak ibu masa minggu ke-18 ni:


Minggu Ke 18:
Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.

Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan puan masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.

0 komen: