Ikan Singgang Kelantan

Salam hari Isnin..x sempat nk update smlm..SB dan LP tak kemana2 smlm..duk umah ajek..borim2..terpikir nk masak masakan kelantan la..LP apa lg..sukalah dia..dgn gigihnya SB bgn pepagi menyiapkan apa yg patut..dan hasilnya makanan pagi+tghari+petang kami..ni tahap mls sungguh ni..masak sekali harung ajek..eheh

Ikan Singgang Putih (versi Kelantan)

Crab Stik Goreng Kunyit










Ulam-Ulaman

Sambal Belacan





















Masak lauk ikan singgang ni senang sgt sebenarnya..meh SB tepek resipi kat sini..

1. Ikan Tongkol/ Aya (SB buat 1/2 ekor)
2. 1/2 inci Lengkuas
3. 4 Ulas Bawang Putih
4. 2 Kpg Asam keping
5. Cili Api & Cili Kering
6. Garam secukup rasa
7. Kacang bendi

Cara-cara:
1. Masukkan air dalam periuk, tambah bwg putih + lengkuas yg ditumbuk kasar.
2. Masukkan terus asam keping..biarkan sampai air mendidih
3. Seterusnya bolehlah masukkan ikan + cili api (SB masukkan cili kering juga utk
lebih pedas)
4. Biarkan mendidih sdkit, masukkan garam + kacang bendi
5. Tambah serbuk perasa jika suka.

taraaa..dah siap ikan singgang SB ni..slmt mencuba!!

nota kaki: nnt SB wat resipi lain SB tepek sini lg k!!


0 komen: